Mateen Inteam terpaku lihat orang Mesir dengar al-Quran sambil berdiri dalam pengangkutan awam


  • Hiburan
  • Khamis, 25 Apr 2024

Mateen berkongsi pengalaman belajar di Universiti al-Azhar dalam bidang Syariah.

PENGALAMAN pernah belajar di luar negara cukup bermakna apabila berpeluang meneroka tradisi negara lain.

Pengalaman itu juga membolehkan kita tersedar sesuatu budaya indah yang sulit untuk ditemukan pada zaman serba moden ini.

Bercakap soal itu, seorang penyanyi, Mateen Yaaqub yang sering memuat naik lagu berunsur nasyid di bawah kumpulan Inteam menceritakan pengalamannya ketika menuntut pelajaran dalam bidang Syariah di Universiti al-Azhar, Mesir.

Ketika berada di sana, Mateen terpaku apabila melihat situasi masyarakat di negara berkenaan sangat mementingkan al-Quran.

BACA LAGI: Lantik imam solat sunat atau jamak? Hukumnya masih sah menurut mufti tapi ada caranya

Bahkan, di sebalik kesulitan untuk berdiri dalam pengangkutan awam, masyarakat yang berada di Mesir masih lagi gigih untuk melafazkan kalimah suci daripada ALLAH itu.

"Antara budaya mereka adalah al-Quran di mana-mana sahaja.

"Kalau di Mesir, dalam bas pun masih baca al-Quran sambil berdiri. Malah, di pengangkutan-pengangkutan awam lain seperti Transit aliran ringan (LRT) juga dipasang dengan ayat al-Quran," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Tempuh detik getir kehilangan abang, Kim Foong tetap semangat lawan kanser payudara sampai sembuh

Mateen berkata, dikelilingi persekitaran yang baik juga mendorong seseorang lebih mudah untuk mendekatkan diri dengan ALLAH.

"Tanpa perlu bukak sekolah tahfiz pun orang biasa di Mesir sudah boleh hafal 30 juzuk tanpa ada satu institusi yang menyuruh anak-anak kecil mereka hafal al-Quran," katanya.

Selain itu, lelaki berusia 28 tahun itu juga mendedahkan sudah mendapat bimbingan daripada ayahnya yang merupakan seorang ustaz untuk mendalami ilmu agama.

Mateen berkata, dikawal dengan baik daripada ibu bapa juga salah satu perkara yang mendorong dia untuk konsisten mendekatkan diri dengan ALLAH.

"Ayah saya garang jadi sampai menangis-nangis bila mengaji. Ayah saya juga sampai tua masih lagi ajar al-Quran kepada adik-beradik dan juga diri saya sendiri," katanya.

Bercakap soal perkembangan semasa, Mateen baru-baru ini mengeluarkan lagu berjudul Asma' Abu Bakar di bawah penerbitan Inteam Digital.

"Lagu ini mengisahkan tentang Asma' Abu Bakar yang banyak membantu dalam perjalanan hijrah Nabi Muhammad SAW," katanya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram