UMAT Islam bakal merayakan hari kemenangan iaitu Aidilfitri selepas menjalani ibadah berpuasa selama 30 hari.
Sebelum tibanya hari perayaan bagi umat Islam itu, ada satu kewajipan yang wajib ditunaikan seluruh umat Islam iaitu membayar zakat fitrah.
Zakat fitrah hukumnya adalah wajib berdalilkan hadis:
فرض رسُولُ الله صلى الله عليه وسلم زكاة الفِطرِ -مِن رمضان على الناس
Maksudnya: “Rasulullah telah mewajibkan bayaran zakat fitrah pada bulan Ramadan atas sekalian manusia.” [Hadith Bukhari & Muslim].
Zakat fitrah adalah wajib atas setiap orang Islam iaitu untuk dirinya sendiri dan untuk orang-orang yang berada dalam tanggungannya iaitu orang lelaki, perempuan, kanak-kanak, orang dewasa dan orang yang merdeka.
Umat Islam yang lahir pada Ramadan dan hidup sampai Syawal wajib dikeluarkan zakat fitrah.
Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.
BACA LAGI: Simpan bukti kena buli, dapatkan bantuan elak alami depresi
Memandangkan umat Islam berada di fasa akhir Ramadan, pasti ramai musykil mengenai waktu yang afdal untuk membayar zakat fitrah.
Bercakap soal itu, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa zakat fitrah hendaklah dibayar bermula awal Ramadan sampai 1 Syawal.
"Harus bayar pada awal Ramadan pertama dan yang afdal ketika keluar ke tempat solat hari raya," katanya.
Bagaimanapun, sebahagian ulama berpendapat bahawa zakat fitrah afdal dibayar pada awal Ramadan supaya mudah untuk diagihkan kepada sekalian asnaf.
Dalam pada itu, umat Islam perlulah meneliti tentang waktu yang tepat untuk membayar zakat bagi mengelakkan hukumnya berubah menjadi makruh.
"Makruh bayar selepas solat hari raya dan haram tangguhkan bayar sampai tenggelam matahari 1 Syawal," katanya.
BACA LAGI: 'Lakonan itu bakat kami', Azlee Senario kecewa terima bayaran tak setimpal watak
Setiap umat Islam wajib menunaikan zakat fitrah.
Niat Zakat Fitrah
Contoh niat zakat fitrah yang dikeluarkan untuk diri sendiri:
نويتُ عن اُخرِج زكاة الفِطرِ عن نفسِي فرض للهِ تعالى
Maksudnya: "Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku fardu kerana ALLAH SWT."
Contoh niat zakat fitrah yang dikeluarkan untuk orang lain:
نويتُ عن اُخرِج زكاة الفِطرِ عن...... فرض للهِ تعالى
Maksudnya: "Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk sifulan fardu kerana ALLAH SWT."
Doa bagi orang yang mengeluarkan zakat fitrah:
اللهُم اجعلها مغنما ولا تجعلها مغرما
Maksudnya: “Ya ALLAH jadikan ia sebagai simpanan yang menguntungkan dan jangan jadikan ia pemberian yang merugikan.”
Doa bagi orang yang menerima zakat fitrah:
اجرك اللهُ فِيما اعطيت وبارك فِيما ابقيت واجعلهُ لك طهُورا
Maksudnya: “Semoga ALLAH memberikan pahala atas apa yang telah kamu berikan dan semoga ALLAH memberikan berkat atas harta simpanan kamu dan menjadikannya sebagai pembersih bagimu.” — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram