Siap dapat pahala didik anak puasa separuh hari, penjelasan ulama beri pencerahan kenyataan penceramah Indonesia


  • Mukmin
  • Isnin, 25 Mac 2024

Kanak-kanak belum baligh yang cuba berpuasa setakat mana yang mampu masih mendapat ganjaran pahala.

PERBUATAN mendidik kanak-kanak kecil berpuasa separuh hari sebagai cara membiasakan diri mereka untuk berpuasa adalah dibenarkan di sisi Islam.

Ini menjawab persoalan yang timbul bagi segelintir masyarakat apabila penceramah Indonesia, Ustaz Khalid Basalamah beranggapan amalan tersebut merupakan tradisi yang perlu dihilangkan dalam masyarakat.

Menurut agamawan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kanak-kanak belum baligh yang berpuasa mengikut kemampuan mereka masih memperoleh ganjaran pahala.

Begitu juga, ibu bapa dan penjaga turut mendapat pahala dengan mendidik mereka untuk melaksanakan suruhan ALLAH SWT tersebut.

433013137_8229693830391867_5006456984425583831_n

Ini kerana, kanak-kanak tidak diwajibkan untuk berpuasa dan tidak ditujukan perintah syarak kepada mereka memandangkan mereka tidak belum cukup syarat iaitu mencapai umur baligh.

Hal ini berdasarkan hadis ‘diangkat qalam daripada tiga golongan’ (رُفِع القلمُ عن ثلاث), antaranya ialah kanak-kanak sehinggalah dia mencapai usia baligh.

"Sekiranya mereka tidak berpuasa maka tiada dosa dan juga puasa tidak perlu diqada," kata bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu.

BACA LAGI: Irfan Harris rindu puasa PKP, gembira masih dapat jadi imam solat tarawih bersama keluarga

1995286

Kanak-kanak belum baligh belum diwajibkan berpuasa. — Gambar Hiasan

Hal ini bersandarkan hadis yang diriwayat daripada Ibn ‘Abbas bahawa:

عنِ ابنِ عباسٍ, عنِ النبِيِ صلى اللهُ عليهِ وسلم لقِي ركبا بِالروحاءِ, فقال: «منِ القومُ؟» قالُوا: المُسلِمُون, فقالُوا: من أنت؟ قال: «رسُولُ اللهِ», فرفعت إِليهِ امرأة صبِيا, فقالت: ألِهذا حج؟ قال: «نعم, ولكِ أجر»

Maksudnya: Daripada Ibn Abbas RA, daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW berjumpa dengan serombongan unta ketika berada di Rauha’. Kemudian, Baginda SAW bersabda: “Siapakah kaum tersebut?” Para sahabat menjawab, “Kami adalah kaum Muslimin.” Mereka bertanya pula kepada Baginda, “Siapakah tuan?” Baginda SAW menjawab, “Aku ialah Rasulullah”. Lalu seorang wanita datang kepada Rasulullah SAW dengan membawa anak kecil, dia bertanya: “Adakah bagi anak kecil ini kewajipan haji?”. Maka Rasulullah SAW menjawab, “Ya dan bagi kamu pahala (jika dia melaksanakannya).”[5] [Riwayat Muslim (1336)]

Sementara itu, Ketua Aswaja Center Pengurus Wilayah Nahdlatul Ulama (PWNU) Jawa Timur, Ma’ruf Khozin juga menentang kata-kata daripada Ustaz Khalid Basalamah yang menganggap tradisi itu tidak harus dibuat.

Menurut Ma'ruf, amalan ibu bapa melatih kanak-kanak berpuasa separuh hari diperbolehkan.

"Saya dulu belajar puasa dengan puasa setengah hari. Abah saya yang mengajarkan.

"Demikian pula anak-anak saya sebelum baligh saya ajarkan puasa dengan puasa setengah hari, hingga mampu puasa sehari penuh. Alhamdulillah berhasil," tulisnya menerusi Facebook.

BACA LAGI: Irfan Harris rindu puasa PKP, gembira masih dapat jadi imam solat tarawih bersama keluarga

ada-alasan-kesehatan-di-balik-anjuran-untuk-tak-menunda-buka-puasa-lho

Ibu bapa yang mengajar anak mereka berpuasa mengikut kemampuan mereka juga mendapat pahala.

Menurut Ma'ruf Khozin, kanak-kanak itu belum diwajibkan berpuasa secara syarie memandangkan belum baligh.

"Sebab puasa belum wajib baginya, maka boleh dia berpuasa sehari yang ia inginkan dan membatalkan bila-bila sahaja," tulisnya.

Memang sejak masa sahabat mengajarkan anak berpuasa tidak mengenal puasa setengah hari, seperti yang disampaikan oleh Robi' binti Ma'oodz:

ﻭﻧﺼﻮﻡ ﺻﺒﻴﺎﻧﻨﺎ, ﻭﻧﺠﻌﻞ ﻟﻬﻢ اﻟﻠﻌﺒﺔ ﻣﻦ اﻟﻌﻬﻦ, ﻓﺈﺫا ﺑﻜﻰ ﺃﺣﺪﻫﻢ ﻋﻠﻰ اﻟﻄﻌﺎﻡ ﺃﻋﻄﻴﻨﺎﻩ ﺫاﻙ ﺣﺘﻰ ﻳﻜﻮﻥ ﻋﻨﺪ اﻹﻓﻄﺎﺭ

Ar Rubayyi’ berkata: “Kami berpuasa setelah itu. Dan kami mengajak anak-anak kami untuk berpuasa. Kami membuatkan pada mereka mainan dari bulu. Jika saat puasa mereka ingin makan, maka kami berikan pada mereka mainan tersebut. Akhirnya mereka terus terhibur sehingga mereka menjalankan puasa hingga waktu berbuka.” (HR. Bukhari no. 1960).

Hadis ini menunjukkan bahawa hendaklah anak-anak dididik puasa sejak mereka kuat.

Jika mereka ‘merengek’ ingin berbuka padahal belum waktunya, maka hiburlah mereka dengan mainan sehingga mereka terbuai sehingga akhirnya mereka nantinya bisa menjalankan puasa hingga waktu Maghrib. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram