[VIDEO] Berdentum bunyi lempang, askar berpangkat Lans Koperal didakwa tampar isteri sampai cedera parah


  • Tular
  • Jumaat, 22 Mac 2024

Kepingan bukti kecederaan yang dialami isteri kepada seorang askar berpangkat Lans Koperal.

WARGANET terkejut melihat aksi seorang anggota askar berpangkat Lans Koperal yang disyaki bertindak memukul isterinya sehingga mengalami kecederaan parah dalam kejadian dipercayai berlaku di Melaka.

Dalam satu hantaran di Instagram, seorang wanita yang dikenali sebagai Adila Azmi sempat merakam perbuatan pasangan suami isteri berkenaan semasa bertengkar di dalam sebuah kediaman dipercayai kuarters tentera.

"Lama sangatlah simpan, nah tengok perangai lelaki dayus ini," tulisnya tanpa menyatakan lokasi sebenar dan tarikh kejadian tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik, askar berkenaan dilihat menampar isterinya dengan kuat sehingga kedengaran bunyi dentuman.

Adila Azmi turut menunjukan bukti kecederaan parah yang dialami mangsa pada bahagian muka selain lebam pada tubuh badan.

Difahamkan, mangsa telah pergi ke balai polis di bahagian siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) untuk membuat laporan polis.

Beberapa keping gambar turut disertakan dalam hantaran terbabit yang menjadi bukti kepada mangsa telah didera dengan mengalami kesan kecederaan di bahagian badan.

BACA LAGI: Sibuk urus 2 kerja tak halang Zarina cipta nama jadi pendaki wanita tunggal tawan gunung lebih 6,000 meter

BACA LAGI: Saf lompong sebabkan solat tak sempurna? Mufti Kelantan tekankan perlunya cari kesempurnaan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet pilu melihat nasib seorang isteri yang diperlakukan sedemikian.

"Tetap tabah ya. Angkat kaki, fail segala yang perlu di mahkamah dan buat segala laporan polis. Bina diri semula dan tumbuh dengan lebih kuat," tulis Anis Ashikin Hamzah.

"Sis jaga diri dan anak. Lebih baik angkat kaki dari nyawa sia sia melayang. Semoga dipermudahkan urusan," tulis MyraSyam1ne

"Semoga diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan, kumpul segala bukti yang boleh bantu puan, harap dah buat laporan polis juga ya, pegang anak awak rapat dengan awak," tulis Eiffajamalulail. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram