NAMA Amir Jahari dikenali ramai sejak berjaya merangkul gelaran juara bagi Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).
Menerusi perkongsian di media sosial, Amir berkongsi kegembiraannya selepas berjaya memiliki kereta baharu hasil daripada titik peluhnya dalam perniagaan dan industri seni.
"Cepat, Alhamdulillah, kereta pertama saya!," tulisnya.
Amir turut menekankan bahawa kereta pertamanya itu dibeli tanpa menggunakan duit kemenangan AJL38.
"Tidak, ini bukan dari duit kemenangan AJL38. Orang kata #AJL38 ini titik perubahan aku, pun bukan," katanya.
Amir Jahari muncul sebagai juara dalam AJL38.
Amir berkata, sebenarnya titik perubahan hidupnya bermula apabila ayahnya meninggal dunia.
"Turning point aku bermula pada tahun bapa aku meninggal iaitu aku main muzik balik dan buat tour walaupun tiada modal.
"Banyak aku fikir dan banyak aku belajar. Aku juga makin serius menyimpan dan mulai belajar tentang pelaburan," tulisnya.
Mendedahkan terdahulu pernah berasa mustahil untuk memiliki sebuah kereta baharu, dia bersyukur urusan pembelian keretanya dipermudahkan.
"Terima kasih kepada Ahmad Hafiz Perodua, mudahkan semua urusan. Dia urus dari A to Z.
"Dalam masa berapa minggu lepas urusan bank settle, terus je dapat kereta ni. Memang cepat dan senang kerja dengan Ahmad," tulisnya.
BACA LAGI: Irfan Harris rindu puasa PKP, gembira masih dapat jadi imam solat tarawih bersama keluarga
Amir Jahari berterima kasih kepada Ahmad Hafiz Perodua kerana mempermudahkan urusan dia membeli kereta baharu.
Menurut Amir, kereta itu dibeli adalah untuk memberi keselesaan kepada anak-anak bila mahu berjalan jauh.
Pada masa sama, beliau mahu mempermudahkan urusan untuk mengambil ahli keluarga dari Sarawak untuk jalan-jalan di Kuala Lumpur.
Terdahulu pernah tular hidup dalam keadaan susah, Amir mengimbau kembali detik dia menerima banyak kecaman.
"Masa viral kisah aku hidup susah, sebenarnya hidup aku dah makin baik dah.
"Macam-macam orang kata. Ada yang suruh aku kerja grab la, kerja kilanglah, kerja 7/11 lah. Jangan buat muzik lah. Jangan malas lah. Jangan memilih kerja lah. Muzik ni tak sesuai untuk aku lah. Orang kata aku tak menyimpan lah," tulisnya.
Amir turut menjelaskan hidupnya sebelum ini bukanlah susah disebabkan terlalu memilih pekerjaan, malah pelbagai jenis pekerjaan yang dibuat.
"Macam-macam juga kerja aku buat. Aku mengajar di Sri Aria Elementary School dan Pondok Seni, aku buat servis cipta lagu juga.
"Aku pernah mintak kerja dengan Luncai Emas. Tapi keadaan aku tak stabil, kejap aku okay, kejap aku tak okay," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram