Ariana Grande sah bercerai, perlu bayar RM2.64 juta kepada bekas suami


  • Hiburan
  • Rabu, 20 Mac 2024

Ariana Grande bersama bekas suami secara rasmi bercerai pada Rabu.

SELEPAS enam bulan memfailkan permohonan cerai, bintang pop, Ariana Grande sah berpisah secara rasmi dengan bekas suaminya, Dalton Gomez pada Rabu.

Sebelum ini, syarat perpisahan mereka telah dipersetujui pada Oktober lalu tetapi mereka menanti selama enam bulan sebelum perintah hakim berkuat kuasa.

Proses mahkamah berjalan dengan mudah dan lancar kerana mereka mempunyai perjanjian pra nikah, tidak memiliki zuriat selain tiada terlibat masalah undang-undang yang ketara.

BACA LAGI: [VIDEO] Nenek meniarap selamatkan cucu nyaris kena patuk ular tedung masuk rumah

ariana-dalton-ig-1596819415

Ariana Grande dan bekas suami, Dalton Gomez sah bercerai pada Rabu.

Di bawah perjanjian itu, penyanyi lagu 7 Rings itu diarahkan membayar AS$1.25 juta (RM2.64 juta) kepada bekas suaminya, Dalton, membayar separuh daripada hasil jualan rumah mereka di Los Angeles selain membayar AS$25,000 (RM120,00) yuran guaman bagi pihak Dalton.

Untuk rekod, Ariana dan Dalton yang juga ejen hartanah mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2021 dalam sebuah acara tertutup.

Berita perpisahan pasangan itu hebat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu selain Ariana dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinan.

Menerusi laporan UK Mirror, peguam Ariana, Laura Wasser dikatakan telah memfailkan penceraian pada September 2023 dengan alasan perbezaan pendapat dan tidak sehaluan lagi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram