MENJADI kebiasaan seseorang jadi kurang bertenaga semasa menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.
Rasa letih, mengantuk, tidak bermaya dan lapar mungkin situasi yang dirasai segelintir umat Islam meskipun jam di dinding menunjukkan baru pukul 12.30 tengah hari.
Jadi bagaimanakah mengurangkan kelesuan dan keletihan badan ini?
Bercakap soal itu, pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah memberi sedikit tip berpuasa bagi dapatkan tubuh badan yang sihat.
BACA LAGI: Doa ketika iftar antara doa yang baik untuk diamalkan sepanjang Ramadan
Buah kurma merupakan satu makanan yang penting untuk diambil semasa menjalani ibadah puasa.
BACA LAGI: 'Solat pun jadi on time', idea imam Kedah bina hotel dalam masjid bukan setakat jana ekonomi
Menurut Mohd Fadzilah, bersahur penting untuk mendapatkan ketahanan yang baik semasa berpuasa.
"Pilih makanan yang berkhasiat seperti bijirin dan buah untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari.
"Buah kurma jangan lupa ya, tinggi khasiatnya," tulisnya.
Justeru, Mohd Fadzilah berpendapat pengambilan air yang secukupnya juga membantu untuk memberi kecergasan kepada tubuh badan seseorang.
"Cuaca tak menentu ini kan, pastikan sentiasa minum air secukupnya semasa waktu sahur dan selepas berbuka.
"Supaya tubuh kita sentiasa segar dan untuk mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa, barulah tak cepat lapar dan penat," tulisnya.
Malah, Mohd Fadzilah turut memberikan tip atau cara yang banyak diamalkan oleh orang dulu-dulu untuk kekal cergas serta bertenaga sepanjang hari.
"Nak, jangan biasakan tidur lepas sahur atau subuh. Badan jadi lesu, jiwa jadi lemah. Ingat ya nak," pesannya.
Beliau menegaskan bahawa petua itu dituntut di sisi agama kerana umat Islam tidak digalakkan tidur selepas sahur atau solat subuh.
Tambahnya, waktu berpuasa adalah ]masa yang tepat untuk memperbaiki diri kita agar mampu berubah ke arah kebaikan.
"Gunakan waktu puasa untuk merenung tentang diri sendiri, tujuan hidup, dan hubungan dengan ALLAH.
"Ini dapat membantu memotivasi anda untuk menjadi lebih baik dalam segala aspek kehidupan," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram