Doa ketika iftar antara doa yang baik untuk diamalkan sepanjang Ramadan


  • Mukmin
  • Jumaat, 15 Mac 2024

Umat Islam perlulah meluangkan masa untuk berdoa semasa dalam bulan Ramadan.

RAMADAN merupakan satu bulan dalam kalendar Islam yang menjadi sasaran umat Islam untuk mengejar rahmat ALLAH SWT.

Ini berikutan bulan yang mulia ini memiliki keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain seperti solat tarawih, malam lailatulqadar dan juga berpuasa.

Malah, bulan Ramadan juga dikenali sebagai saiyidus syuhur iaitu bermaksud penghulu sekalian bulan yang amat baik untuk memohon keampunan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadan."

Lebih menakjubkan, doa orang berpuasa antara salah satu doa yang tidak tertolak.

BACA LAGI: 'Solat pun jadi on time', idea imam Kedah bina hotel dalam masjid bukan setakat jana ekonomi

doa-buka-puasa

Disebutkan dalam beberapa hadis berasal dari Abu Hurairah RA. Dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tiga orang yang doanya tidak ditolak: pemimpin yang adil, orang yang berpuasa hingga berbuka, dan doa orang yang dizalimi, ALLAH akan mengangkatnya di bawah awan pada hari kiamat, pintu-pintu langit akan dibukakan untuknya seraya berkata: Demi keagungan-Ku, sesungguhnya Aku akan menolongmu walaupun beberapa waktu kemudian." [HR At-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Hadis Hasan]

Terdapat beberapa doa yang perlu diamalkan buat umat Islam menjelang Ramadan seperti:

1. Doa menyambut bulan Ramadan

Ramai dalam kalangan salafussoleh berdoa kepada ALLAH SWT terutamanya pada awal Ramadan dengan melafazkan:

اللهُم سلِمنِي لِرمضان, وسلِم رمضان لِي, وتسلمهُ مِنِي مُتقبلا.

Maksudnya: “Ya ALLAH, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadan, sejahterakanlah Ramadan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).[Diriwayatkan oleh Imam Tabrani dalam Kitab al-Du’a (913)]

BACA LAGI: Cukup hujung-hujung sudu, kurma butter sesuai buat penghidap kerintangan insulin

2018088

Terdapat doa yang boleh diamalkan seseorang apabila melihat anak bulan Ramadan.

2. Doa apabila melihat anak bulan Ramadan

Rasulullah SAW telah mengajarkan doa untuk dibaca apabila melihat anak bulan Ramadan:

اللهُم أهِلهُ علينا بِاليُمنِ والإِيمانِ, والسلامةِ والإِسلامِ, ربِي وربُك اللهُ

Maksudnya: “Ya ALLAH, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah ALLAH.

3. Doa Saidina Ali bin Abi Talib

Menurut Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid menerusi perkongsiannya di Facebook, terdapat tiga doa Saidina Ali bin Abi Talib كرم الله وجهه menjelang Ramadan.

1) Ya ALLAH, berikanlah kepadaku kesihatan dalam tubuh badan ini daripada sebarang penyakit (supaya dapat beribadah dengan baik).

2) Ya ALLAH, berikan kepadaku kelapangan daripada kesibukan.

3) Ya ALLAH, berikanlah bagiku cukup dengan sedikitnya tidur.

553

Terdapat doa yang boleh diamalkan umat Islam semasa bulan Ramadan.

4. Doa Kegemaran Rasulullah S.A.W

Menurut Saidina Anas, doa ini adalah antara doa yang paling banyak dibacakan oleh Rasulullah.

Oleh yang demikian, amalkan juga doa ini dalam bulan Ramadan ini:

ربنا آتِنا فِي الدُنيا حسنة وفِي الآخِرةِ حسنة وقِنا عذاب النارِ

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”

Menurut Saidina Anas, doa ini adalah antara doa yang paling banyak dibacakan oleh Rasulullah S.A.W

5. Doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada Saidatina Aisyah.

Satu hari, Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah, andai sekiranya beliau bertemu dengan Lailatul Qadar, apa yang harus beliau lakukan.

Lalu Rasulullah mengajarkan kepada Saidatina Aisyah agar membacakan doa ini:

اللهُم إِنك عُفُو تُحِبُ العفو فاعفُ عنِي

Maksudnya: Ya ALLAH, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dan suka untuk mengampunkan, maka ampunilah daku. [HR al-Tirmizi]

6. Doa Rasulullah ketika berbuka puasa.

Saidina Abdullah bin Umar pernah berkata: Sesungguhnya Rasulullah ﷺ apabila Baginda berbuka puasa, Baginda akan melafazkan:

ذهب الظمأُ وابتلتِ العُرُوقُ, وثبت الأجرُ إِن شاء اللهُ

"Telah hilanglah dahaga dan telah basah urat-urat. Dan telah tetaplah pahala (diterima) dengan izin ALLAH." [HR Abu Daud]

7. Doa yang dibacakan oleh Saidina Abdullah bin Amru.

Menurut Ibn Abi Mulaikah, Saidina Abdullah bin Amru akan membaca doa ini setiap kali ingin berbuka puasa iaitu:

اللهُم إِنِي أسألُك بِرحمتِك التِي وسِعت كُل شيءٍ أن تغفِر لِي

Maksudnya: "Ya AlLLAH, aku memohon dengan rahmatMu yang meliputi segala perkara agar mengampunkan dosa-dosaku." [HR Ibn Majah] Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram