MALANG tidak berbau, pelakon dan pengacara, Ain Edruce berdepan detik-detik cemas selepas mendapat khabar anak perempuannya, Soraya dimasukkan ke hospital kerana diserang sawan di rumahnya pada Ahad lepas.
Ketika kejadian, Ain dilaporkan sedang bekerja untuk mengacarakan program televisyen Melodi sebelum terpaksa bergegas pulang selepas menerima berita tersebut daripada suaminya, Amirul Hafiz.
Pada masa sama, Ain juga sempat berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian ketika anaknya diserang sawan.
Dalam video tersebut, kelihatan suaminya ketika itu sedang panik sambil mendukung Soraya sebelum dibawa ke hospital.
Kejadian itu dikatakan berlaku ketika Soraya demam panas berlanjutan selama tiga hari serta suhu badannya yang sangat tinggi.
BACA LAGI : Hentikan mitos tepuk dan terbalikkan bayi, ini kaedah tepat beri bantuan CPR
"Soraya demam sudah tiga hari. Sekitar pukul 4 pagi semalam (Sabtu), demamnya naik sehingga 40 darjah Celsius.
"Dah bagi ubat pun tidak surut. Dia pun nampak penat sangat dan tidur," kongsinya di Instagram.
Bagaimanapun, keadaan Soraya dilaporkan sudah semakin pulih dan kembali aktif bermain seperti biasa.
Situasi tersebut sememangnya bukan perkara baharu yang berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.
Justeru, ibu bapa perlu cakna dan mengambil tahu tentang cara-cara untuk mengatasi situasi berkenaan.
Tangkap layar video penjelasan Dr Fauzan berkenaan cara atasi situasi ketika anak diserang sawan.
Menurut pengguna media sosial yang juga merupakan seorang doktor dengan menggunakan akaun TikTok Dr Fauzan sempat berkongsi video berkenaan cara sesuai untuk dipraktikkan oleh ibu bapa.
"Yang pertama, ibu bapa perlu tenang dan jangan panik, sebab bila panik semua perkara yang kita tahu akan lupa.
"Kedua, perhatikan keadaan sekitar anak dan jangankan alihkan anak kecuali jika anak berada berdekatan dengan objek bahaya.
"Ketiga, pusingkan anak ke sisi supaya tidak tercekik dengan air liur atau muntah, perhatikan anggota badan anak dan tempoh masa sawan," katanya.
BACA LAGI : Amalkan 5 tips ini jika anak tidak mahu ambil sarapan
Bukan itu sahaja, ibu bapa juga digalakkan untuk merekod tempoh masa sawan tersebut supaya dapat tunjukkan kepada doktor.
Selain itu, ibu bapa disarankan untuk tidak meletakkan sebarang objek ke dalam mulut anak ketika diserang sawan seperti sudu atau tangan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram