JENAZAH wartawan hiburan, Fiza Kamarudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih KL–Karak, Batu Caves, Selangor pada pukul 12.50 tengah hari Sabtu.
Pada pukul 11.30 pagi Sabtu, jenazah Fiza tiba di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas dibawa pulang ke Malaysia dari England.
Sebelum ini, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) melancarkan 'Tabung Bantulah Fiza' untuk membantu perbelanjaan kos rawatan Fiza ketika dimasukkan di hospital dan berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM40,585.34.
Tabung Bantulah Fiza yang dibuat bagi membantu Allayarham sebelum ini.
Namun, pemilik nama penuh Siti Nor Hafiza Kamarudin menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Charing Cross pada pukul 3 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) pada 28 Disember lalu.
Pada awalnya, Fiza menerima rawatan di hospital berkenaan selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow pada 27 Disember lepas untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti.
Difahamkan, wartawan portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media itu terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London serta berlepas ke sana bersama suaminya, Mohd Roshdi dan dua cahaya mata mereka pada pertengahan Disember lepas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram