Campus Attack Edutainment Carnival 2.0 tawar geran bernilai RM100,000 untuk idea perniagaan pelajar terbaik


  • Massa
  • Ahad, 07 Jan 2024

Karnival edisi kedua yang dianjurkan oleh Roombox ini membolehkan pelajar menjadikan ia sebagai platform untuk mengekspresikan diri, meneroka minat mereka, dan merealisasikan idea kreatif tanpa batasan.

SEBUAH aplikasi web eksklusif yang direka khas untuk pelajar, Roombox.my bakal mengadakan program Campus Attack Edutainment Carnival 2.0 di Dewan Taming Sari, Kampus UiTM Alor Gajah, Melaka pada 13 Januari hingga 14 Januari ini.

Apa yang lebih menarik, terdapat peluang menarik bagi pelajar yang cenderung ke arah keusahawanan, antaranya geran 'Angel Investor' bernilai RM100,000 disediakan untuk idea perniagaan pelajar terbaik.

Pada masa sama, seramai 300 atlet sukan elektronik (Esports) akan bersaing dalam Kejohanan Sukan Elektronik Pelajar bagi merebut peluang hadiah terkumpul sebanyak RM3,000.

Karnival edisi kedua yang dianjurkan oleh Roombox ini membolehkan pelajar menjadikan ia sebagai platform untuk mengekspresikan diri, meneroka minat mereka, dan merealisasikan idea kreatif tanpa batasan.

BACA LAGI : [VIDEO] Luluh hati isteri, suami meninggal dunia gara-gara pemandu bongkak halang laluan ambulans

WhatsApp Image 2024-01-07 at 13.25.03

Antara aktiviti menarik yang akan diadakan pada Campus Attack Edutainment Carnival 2.0

Selain itu, ia juga dijangkakan memberikan pengalaman luar biasa dengan menyatukan dunia hiburan dan pendidikan kepada pelajar dan orang awam.

Pengasas Roombox yang juga Alumni UiTM Melaka, Haziq Hamid, bersama Pengarah Projek, Aizat Ramlee berharap agar Campus Attack akan menjadi sebuah legasi yang perlu diteruskan bukan hanya di UiTM Melaka, malah di peringkat kebangsaan kepada Institusi Pengajian Awam serta Swasta.

Matlamat utama Campus Attack Edutainment Carnival 2.0 ialah untuk memberi pendedahan akan potensi signifikan hiburan dalam pendidikan melalui penyatuan pembelajaran audio, visual serta kinestetik.

Inisiatif ini berfungsi sebagai sebuah platform unik di mana pelajar boleh menjadi diri mereka sendiri, bergiat aktif dalam acara yang sejajar dengan minat mereka dan implementasi idea kreatif terpendam mereka.

Karnival ini dianjurkan oleh Roombox.my sebuah produk daripada Novosoft Solutions Sdn Bhd iaitu syarikat perisian bumiputera dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Esports Integrated (ESI), Moonton, Moonton Student Leader (MSL),UiTM Cawangan Melaka, Majlis Sukan Pelajar UiTM (JSP) dan Persatuan Sukan Elektronik Melaka (MEA).

Roombox.my adalah satu-satunya aplikasi web khusus buat ekosistem pelajar pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia dan Asia Tenggara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram