Sambut ulang tahun ke-16, Suria FM tawar hadiah menarik buat pendengar setia


  • Hiburan
  • Rabu, 22 Nov 2023

Bersempena dengan ulang tahun ke-16, Suria FM menawarkan pelbagai hadiah menarik secara percuma buat pendengar setianya.

SURIA FM menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pendengar setianya bersempena dengan ulang tahun ke-16 pada 24 November ini.

Ganjaran percuma itu boleh dimiliki menerusi sesi soal jawab mudah di segmen 'Morning-Morning Suria', Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta bermula pukul 6 pagi sehingga 12 tengah malam.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin berkata, Suria FM berbesar hati untuk menawarkan hadiah istimewa buat pendengar setia atas sokongan yang diberikan selama ini.

"Bertepatan dengan ulang tahun Suria ke-16 pada Jumaat ini, sebagai tanda penghargaan, kami berbesar hati memberikan hadiah istimewa kepada para pendengar setia Suria FM yang sentiasa menyokong kami sejak pertama kali Suria berada dalam industri radio tanah air.

"Antara hadiah menarik yang boleh dimenangi seperti pakej percutian dua hari satu malam tajaan Royale Chulan Damansara, Royale Chulan The Curve dan Premiera Hotel Kuala Lumpur, gitar eksklusif yang ditandatangan oleh barisan artis popular Malaysia, juga barangan eksklusif Suria antaranya ‘headphone’ Suria, baju T-shirt, pelekat, beg ‘drawstring’ dan banyak lagi," ujarnya.

Caranya mudah sahaja, selepas mendengarkan isyarat memanggil menerusi segmen Gaya Suria dan Suria Cinta, pendengar perlu menjawab soalan yang diajukan dan hantarkan butiran peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat e-mel berserta kata kunci #SuriaFM16Tahun ke talian WhatsApp Suria 017-8961053.

Juga, jangan lupa saksikan siaran langsung Tiktok 'Morning Morning Suria' dan Suria Petang di platform Suria Malaysia untuk menangi hadiah-hadiah tertera dengan hanya menjawab soalan di ruangan komen berserta kata kunci #SuriaFM16Tahun.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram