Idam kondo kempen Langgan & Menang Majoriti sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan


  • Bizz
  • Khamis, 14 Sep 2023

Mohd Nazri bersama hadiahnya, minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy EDT 50ml ketika ditemui di Menara Star pada Rabu.

SALAH seorang pemenang bertuah kempen Langgan dan Menang Majoriti, Mohd Nazri Mohd Halmi, 40, gembira apabila terpilih sebagai pemenang mingguan.

Pemenang minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy EDT 50ml ini juga tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja kerana memenangi hadiah premium itu dengan hanya membayar RM30 setahun apabila melanggan portal Majoriti.

msg1050426791-16555

Nazri (tengah) sempat bergambar kenang-kenangan bersama dua penyampai Suria FM, Ajak dan Shuib ketika menuntut hadiah mingguan Kempen Langgan & Menang di Menara Star, Phileo Damansara pada Rabu.

Dia yang merupakan seorang staf Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga berpeluang merebut hadiah utama iaitu sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800.

Pada masa yang sama, hadiah utama ini juga ingin dihadiahkan kepada isteri tercinta, Fairuz Zehan Aziz, 39, pada ulang tahun perkahwinannya jika terpilih.

"Jika menang, hadiah utama yang saya idamkan itu (kondominium) mahu dijadikan sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan saya dan isteri yang genap ke-13 tahun pada Hari Malaysia (16 September)," katanya kepada Majoriti.

Menurutnya lagi, hadiah mingguan yang dimenangi ini juga sangat bermakna baginya bersempena dengan hari jadinya pada 11 Oktober nanti.

Selain itu, Nazri yang turut melanggan The Star sejak 2012 juga percaya akan kemampuan portal Majoriti dalam menyebarkan maklumat sahih dan terkini kepada pembaca.

"Saya yakin portal Majoriti lebih cepat daripada versi cetakan akhbar.

"Saya juga lebih berminat dengan kandungannya yang santai seperti segmen hobi, inspirasi dan kesihatan," tambahnya yang menetap di Bandar Sri Permaisuri di ibu negara.

Sementara itu, Nazri yang berasal dari Jitra, Kedah ini juga berharap lebih ramai kenalan termasuk keluarganya untuk menyertai kempen Langgan dan Menang Majoriti.

"Cuba bayangkan hanya dengan RM30, hadiah mingguannya juga cukup premium. Itu belum lagi hadiah utama. Ia memang satu kempen yang berbaloi," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram