SELEPAS dua hari Suria FM berkampung di Padang Timur, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, Selangor pada 16 dan 17 September lalu, Karnival Mega Suria (KMS) telah melabuhkan tirainya dengan berjaya mencuri tumpuan lebih 40,000 pengunjung yang hadir seawal pukul 7 pagi sehingga 12 tengah malam.
Malah, jumlah tontonan di platform digital Suria iaitu Youtube Suria TV, Facebook, TikTok Suria FM dan Aplikasi Suria Malaysia berjaya mencatatkan lebih 250,000 jumlah tontonan sepanjang acara berlangsung.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, meluahkan rasa syukur atas sambutan luar biasa daripada para pengunjung ke KMS walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.
“Terima kasih kepada rakan penaja di atas kerjasama baik bagi menjayakan karnival ini, juga tidak dilupakan buat semua pengunjung yang hadir memeriahkan acara pada Sabtu dan Ahad lalu.
"Ini merupakan kali pertama Suria FM mengambil inisiatif baharu dengan menganjurkan satu program berskala besar yang berlangsung selama dua hari berturut-turut dengan pelbagai pengisian menarik bertemakan kekeluargaan.
“Mulanya sangat berdebar untuk menganjurkan karnival berskala besar, tapi inisiatif ini merupakan satu peluang bagi Suria FM untuk meneroka idea baharu dalam usaha memperkukuh jenama Suria di masa mendatan, sekali gus pengunjung dapat meluangkan masa lebih lama bersama barisan penyampai dan artis yang hadir," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Rata-rata pengunjung turut teruja menyaksikan persembahan istimewa daripada barisan artis baharu BBNU.
Sambutan yang diterima daripada orang ramai juga berada di luar jangkaan, antara tarikan menarik yang dinanti-nantikan oleh pengunjung adalah aktiviti zumba kelolaan Hanif Shawn dan Achai.
Selain itu, turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak bersama Majalah Kuntum dan pertandingan karaoke yang berlangsung sekitar pukul 2 petang dengan disertai lebih 30 orang peserta.
Dalam masa sama, rata-rata pengunjung turut teruja menyaksikan persembahan istimewa daripada barisan artis baharu (BBNU) seperti Razzuan, Haziq Hisham, Iqmal Romi, Syafiq Abdillah, Alyssa Dezek, Xone, Aiman Nomad, Santosh Logandran & How1e, Athalia, Fahimi, Killa Driz, Chaca Tisha, Zali Rusli dan Nurul Iman dan Diana Danielle.
"Mereka juga berpeluang merakamkan memori indah bersama barisan penyampai Suria FM, menyertai pelbagai aktiviti menarik di reruai Suria dan reruai lain yang tersedia di KMS," tambah DJ Lin.
KMS berlangsung selama dua malam berturut-turut bermula pukul 9 hingga 12 tengah malam.
KMS turut dimeriahkan lagi dengan acara kayuhan ‘Fun Ride Mega Suria@PJ’ pada Ahad yang berjaya mencatatkan lebih 500 pernyertaan daripada peminat sukan berbasikal sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Johor Bahru dan banyak lagi.
Aktiviti kayuhan melibatkan jarak sejauh 40 kilometer itu bermula dari pukul 7 sehingga 11 pagi.
Lebih menggamatkan suasana, ribuan pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan Konsert Karnival Mega Suria yang berlangsung selama dua malam berturut-turut bermula pukul 9 hingga 12 tengah malam.
Karnival Mega Suria dimulakan dengan gimik persembahan pembukaan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), sebelum dimeriahkan dengan persembahan istimewa barisan penyanyi popular tanah air seperti Bunkface, Dayang Nurfaizah, Masdo, Dolla, Floor 88, Aris Ariwatan, Amir Masdi & The Band, Muss, Nabila Razali, Insomniacks, Ameng, Baggio, Baby Shima dan ramai lagi.
Untuk maklumat terkini, layari suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l Twitter: @suria_malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram