Suria FM lancar Majalah Suria 7 pada Sabtu


  • Hiburan
  • Selasa, 12 Sep 2023

Stesen radio Suria FM dengan bangganya mengumumkan pelancaran majalah hiburan mereka iaitu Suria 7.

BUAT julung kalinya, stesen radio Suria FM dengan bangganya mengumumkan pelancaran majalah hiburan mereka iaitu Suria 7 pada Selasa.

Majalah berkonsepkan kombinasi antara format digital dan cetak yang bakal berada di pasaran ini merupakan majalah hiburan pertama bagi stesen radio tersebut.

Pengurus Besar Suria, Roslinda Abd Majid berkata, Suria 7 merupakan produk baharu keluaran Suria FM di bawah naungan Star Media Group Berhad.

"Penerbitan majalah tersebut adalah salah satu inisiatif untuk memperkukuhkan lagi jenama Suria dengan menghasilkan produk dan kandungan baru sejajar mengikut perubahan teknologi pada masa kini sekali gus meletakkan jenama Suria kekal relevan dalam industri tanah air.

“Dengan tagline 'Bukan Sekadar Frekuensi', Suria 7 menyajikan pelbagai kandungan menarik berkaitan produk Suria FM merangkumi barisan penyampai, kempen anjuran Suria FM serta memaparkan berita hiburan terkini tempatan dan antarabangsa.

"Sebagai platform baharu yang menghubungkan bahan bacaan secara digital dan cetak, penerbitan cetakan mingguan akan tersedia setiap Selasa dan ia boleh didapati di Kedai Suria dan cawangan 7-Eleven terpilih di sekitar Lembah Klang, Selangor pada harga RM5 senaskah," katanya.

DSC09336

Roslen Fadzil berkata, Suria 7 merupakan satu lagi platform hiburan dan informasi daripada Suria FM yang turut dirangkumi pelbagai info menarik dari dunia hiburan tempatan dan luar negara.

Tambah beliau yang lebih dikenali sebagai DJ Lin berkata, majalah tersebut turut memfokuskan pada laporan khas tentang hiburan.

"Suria 7 turut menawarkan beberapa bacaan menarik seperti paparan kisah artis popular tempatan dan antarabangsa, fakta di sebalik lagu yang diputarkan di Suria FM, berita mengenai bintang K-pop, kisah menarik mengenai barisan penyampai Suria FM, serta kelab peminat artis terkenal juga ‘influencer’ popular dan banyak lagi," katanya.

Sementara itu, Editor Suria 7, Roslen Fadzil berkata, Suria 7 merupakan satu lagi platform hiburan dan informasi daripada Suria FM yang turut dirangkumi pelbagai info menarik dari dunia hiburan tempatan dan luar negara.

"Kami berharap majalah ini akan menjadi sumber hiburan pilihan utama untuk para pembaca khususnya buat pendengar setia Suria FM,” katanya.

Majlis pra-pelancaran majalah Suria 7 diadakan pada Selasa bertempat di Suria FM menerusi sesi temubual Suria Petang bersama editor majalah, Roslen Fadzil serta bersama Nabila Razali dan Khai Bahar selaku selebriti yang menghiasi muka depan edisi pertama Suria 7.

Turut hadir pada acara tersebut ialah barisan penyampai Suria FM, Ajak, Shuib, Suraya, Cik Piah dan DJ Lin.

Manakala, pelancaran rasmi pula bakal berlangsung di Konsert Karnival Mega Suria pada Sabtu ini bertempat di Padang Timur, MBPJ, Petaling Jaya Selangor.

Suria 7 edisi digital (online) dengan langgan secara bulanan atau tahunan boleh didapati di laman web rasmi Suria7 iaitu www.suria7.my.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l Twitter: @suria_malaysiaMajoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram