Ibu pengacara popular, Fahrin Ahmad meninggal dunia di IJN


  • Hiburan
  • Sabtu, 16 Sep 2023

Fahrin Ahmad berkongsi berita pemergian ibunya di laman Instagram pada Sabtu.

PELAKON dan pengacara Fahrin Ahmad berkongsi khabar duka apabila kehilangan ibunya pada pukul 10.06 pagi Sabtu.

Fahrin di laman Instagram peribadinya memuat naik berita tersebut dan mengesahkan ibunya, Merbyah Akhwan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, Fahrin tidak memperincikan punca kematian ibu tercintanya itu.

"Bonda saya Almarhumah Merbyah Akhwan disahkan meninggal 10.06 pagi tadi di IJN," katanya.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham difahamkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.

"Jenazah akan diuruskan di IJN, disolatkan di Masjdi At-Taqwa, Bandar Bukit Mahkota," kongsinya.

Di ruangan komen, beberapa rakan artis dan selebriti turut meninggalkan ucapan takziah atas pemergian ibunya.

"Salam takziah buat sahabatku dan keluarga, Al-Fatihah," kata Bobyusof.

"Salam takziah semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman," ujar achongsweetchild.

"Al-Fatihah, salam takziah bro," tambah zarulumbrella. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram