TINDAKAN seorang individu yang memandu kereta dalam keadaan tayar bocor di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat mengundang perhatian ramai.
Insiden itu dirakamkan menerusi kamera telefon pintar, memaparkan tayar serta rim kenderaan terbabit hampir hancur dan musnah akibat sikap sambil lewa si pemandu.
Situasi itu sekali gus mengundang bahaya pada keselamatan pemandu lain yang boleh mengakibatkan kemalangan dan kecederaan parah.
Memandu di laluan sesak dan pada waktu malam, si pemandu sepatutnya segera menukar tayar simpanan yang lebih selamat.
Tidak mengutamakan ciri keselamatan ketika memandu, perbuatan itu seharusnya dihindari setiap masyarakat agar tiada sebarang kecelakaan berlaku akibat situasi terbabit.
Namun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut dengan pihak polis juga belum mengeluarkan kenyataan berkaitan isu terbabit.
Orang ramai dinasihati agar sentiasa memantau tahap keselamatan kenderaan masing-masing agar situasi seperti ini tidak berulang dan mencetuskan kemalangan jalan raya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram