'Adik-adik habiskan pelajaran', menang Creator of The Year TikTok Awards 2023, pesanan Khairul Aming buat ramai 'inspired'


  • Hiburan
  • Isnin, 28 Ogos 2023

Khairul Aming dinobatkan sebagai Creator Of The Year dalam TikTok Awards Malaysia 2023.

PEMPENGARUH media sosial, Khairul Aming dinobatkan sebagai Creator Of The Year dalam TikTok Awards Malaysia 2023.

Pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, 31, berjaya menewaskan pencabar berbakat lain seperti Sally (@sallywhoo), Auntie Purple (@auntiepurple248), Ceddy (@ceddyornot) dan Boss James (@bossjames_eo).

Kategori Creator Of The Year merupakan antara tujuh kategori People's Choice yang dibuka untuk undian orang ramai sejak 15 Ogos hingga Sabtu lalu.

Khairul Aming dalam ucapannya memberikan pesanan penting kepada generasi muda yang berminat untuk menjadi pelapis content creator supaya menghabiskan pelajaran masing-masing.

TikTok Awards Malaysia dianjurkan menerusi kerjasama dengan TV3, bersama HONOR 90 5G.

"Saya nak ambil kesempatan ini untuk anak-anak muda di luar sana, adik-adik yang masih bersekolah, teruskan pelajaran, walaupun awak nak jadi content creator, awak kena ingat nak jadi content creator ni bukan sekadar untuk viral.

"Untuk relevan lama dalam industri, awak perlukan banyak pengetahuan, critical thinking, problem solving, ada adab, ada common sense... jadi habiskan pembelajaran dan jadilah pelapis content creator yang boleh majukan Malaysia," katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada penonton.

Anugerah berprestij itu antara lain menyaksikan Anas Zahrin berjaya merangkul anugerah TikTok Shop Creator of the Year; Sir Asai (Best of Education); Syifa Jamil (Best of Foodie); Sultan Riq (Best of Gaming) dan Shahira Azlan (Best of Beauty & Fashion).

WhatsApp Image 2023-08-27 at 23.29.22

Khairul Aming dinobatkan sebagai Creator Of The Year dalam TikTok Awards Malaysia 2023.

Selain itu, turut menerima anugerah termasuk pemilik akaun TikTok Upin Ipin Official bagi kategori Popular Animation Account of The Year; Ryan Bakery (Popular Creator of the Year); Ikhmal Nour (Rising Star of The Year) dan Aeril Zafrel (Celebrity of The Year).

TikTok Awards Malaysia dianjurkan menerusi kerjasama dengan TV3, bersama HONOR 90 5G (Penaja Utama), foodpanda (Penaja Bersama), F&N Dairies (Rakan Penaja), dan U Mobile (Rakan Penaja). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram