'Content creator' negara bersaing rebut TikTok Awards 


  • Massa
  • Rabu, 02 Ogos 2023

TikTok Awards menampilkan ramai nama besar yang akan bersaing dalam untuk pelbagai kategori.

PLATFORM kandungan media sosial popular, TikTok buat julung kalinya bakal mengadakan TikTok Awards di Malaysia bagi memberikan pengiktirafan terhadap pencipta kandungan yang menyumbang dan memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia..

Tiktok yang juga peneraju platform perkongsian kandungan video pendek itu berkata, anugerah berkenaan bakal menjadi acara terbesar dan menghimpunkan nama-nama besar di dalam negara yang menghasilkan kandungan di medium berkenaan.

"Anugerah TikTok ini adalah acara tahunan terbesar yang kita anjurkan untuk meraikan kejayaan pencipta Malaysia yang berbakat dan memberi impak besar serta memberi inspirasi melalui kandungan berpendidikan.

"Bagi menjayakan anugerah ini, orang ramai boleh menunjukkan sokongan dengan mengundi pencipta kandungan kegemaran mereka di TikTok bermula dari 15 Ogos hingga 26 Ogos 2023 mengikut kategori yang dipertandingkan," katanya dalam satu kenyataan.

TikTok Awards akan menampilkan pelbagai kategori antaranya Creator Of The Year, Rising Star of The Year, Popular Creator of the Year, Celebrity of The Year, Popular Animation Account of The Year, LIVE Creator Of The Year dan TikTok Shop Creator of the Year.

Untuk kategori Creator Of The Year, antara akaun pencipta kandungan yang tercalon ialah khairulaming, bossjames_oe, lawyergandhi, auntiepurple248, sallywhoo dan ceddyornot.

1280X1280

Kategori Creator Of The Year, antara akaun pencipta kandungan yang tercalon ialah khairulaming, bossjames_oe, lawyergandhi, auntiepurple248, sallywhoo dan ceddyornot.

Sementara itu, Rising Star of The Year pula menampilkan gastonpong, ikhmaln0ur, penceritatv, zarul.hafiz, chefdaveveganjourney serta yuki_dance.

Bagi kategori Popular Creator of the Year, ia akan menyaksikan persaingan antara drbengee, alexhkf, sofyank96, ryanbakery, gigicheoh dan itsjovynn manakala Celebrity of The Year pula membabitkan beberapa artis tanah air iaitu aerilzafrel8, jannanickofficial, dollaofficial, sitinordiana84, hairul_azreen88 serta zizanrazak869.

Kategori Popular Animation Account of The Year menyaksikan persaingan antara yimotapir, upinipin.official, boboiboy, officialejenali, papapipi dan official_didiandfriends manakala kategori LIVE Creator Of The Year akan ditandingi garyislit_, quehaidar, hafizalonggs, wafiy_aan, tigerlabu serta ervan818.

TikTok Shop Creator of the Year pula akan menjadi rebutan antara anaszahrin, tangsiewsiang, vicky.littlewolf, dapur_mahir, watermummy_oe dan dearcarynn.

Enam akaun pencipta kandungan popular yang akan bersaing bagi kategori TikTok Shop Creator of the Year ialah anaszahrin, tangsiewsiang, vicky.littlewolf, dapur_mahir, watermummy_oe dan dearcarynn. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram