Rezeki Charles & Keith dan Friday The 13th antara 'top trending' hari ini


  • Relaks
  • Jumaat, 13 Jan 2023

Wanita Singapura beruntung kerana dijemput makan tengah hari bersama pengasas Charles & Keith.

LIMA kata kunci yang 'trending' pada Jumaat berdasarkan carian di Google Trend adalah:

msg-665938577-5923

Kejohanan badminton ini sedang berlangsung sehingga 15 Januari 2023.

1. Petronas Malaysia Open 2023

Petronas Malaysia Open 2023, atau pun PMO 2023 sedang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Kuala Lumpur bermula daripada 10 Januari sehingga 15 Januari.

Kejohanan tersebut merupakan pertandingan pertama di bawah 2023 BWF World Tour yang diadakan sejak 1937.

Antara nama-nama besar yang terlibat dalam kejohanan kali ini termasuk Viktor Axelsen daripada Denmark, Lee Zii Jia daripada Malaysia dan Loh Kean Yew daripada Singapura.

Untuk perlawanan ini, Malaysia juga menghantar pasangan duo badminton lelaki iaitu Ong Yew Sin/ Teo Ee Yi dan pasangan duo wanita, Pearly Tan/ Thinaah Muralitharan.

Hadiah keseluruhan kejohanan kali ini melibatkan jumlah AS$1,250,000 iaitu bersamaan dengan RM5,417,500.

2. Friday the 13th

download (1)

Filem seram Friday the 13th

Kalau sebut 'Friday the 13th', mesti pembaca 'familiar' dengan filem 'Friday The 13th' kan?

Namun sebenarnya tarikh itu dikatakan malang oleh masyarakat barat sejak zaman dahulu kala.

Dikatakan tarikh itu dipopularkan oleh Kapten William Fowler pada tahun akhir 1800-an yang menganggap angka ini menjejaskan kehidupannya, bermula daripada zaman awal persekolahan sehingga beliau dikerah untuk menyertai tentera.

Selain itu, ada kisah yang mengatakan tentang 12 dewa yang dijemput untuk sebuah pesta makanan sebelum tetamu ke-13 yang tidak diundang hadir dan membunuh salah seorang dewa iaitu dewa kegembiraan dan kebahagiaan, Balder.

Tetapi, filem Friday The 13th yang diterbitkan oleh Tom McLoughlin lebih sinonim dengan tarikh ini.

3. IHeartRadio Awards 2023

IHeartRadio_Music_Awards_Logo

iHeartRadio Awards yang mencalonkan lebih 30 artis

IHeartRadio Awards dianjurkan tiap tahun kini kembali dengan senarai pencalonan artis yang baharu.

Lebih 30 artis dicalonkan untuk kategori yang berbeza seperti Best New Pop Artist, Best Collaboration dan Artist of the Year.

IHeartRadio Awards memberi peluang untuk peminat-peminat mengundi artis pilihan mereka melalui Twitter dan juga iHeartRadio.com/awards.

Artis luar negara seperti Mexico dan Latin seperti Calibre 50 dan Daddy Yankee juga dicalonkan, meski anugerah ini berasal daripada Amerika Syarikat.

Jualan tiket akan bermula pada Rabu, 15 Februari.

4. Charles & Keith

Charles & Keith merupakan jenama beg tangan yang popular dalam kalangan wanita kerana mempunyai design yang menarik dan praktikal.

Namun pada minggu lepas, seorang remaja perempuan Singapura diketawakan oleh pengguna TikTok kerana memanggil jenama tersebut sebagai jenama 'mewah' di dalam TikToknya.

download (2)

Gadis remaja Singapura yang diketawakan oleh pengguna Tik Tok

Video tersebut menunjukkan dia 'unboxing' beg tangan tersebut dengan rasa teruja kerana dihadiahkan oleh ayahnya.

Dalam video yang lain, dia menceritakan bahawa seketika dahulu, beliau dan keluarga hidup susah sehinggakan tidak mampu membeli roti.

Selepas beberapa hari, video tersebut sampai ke pihak atasan Charles & Keith, dan pengasas jenama tersebut mengajaknya untuk makan tengahari bersama dan lawatan ke ibu pejabat syarikat tersebut.

5. Tan Sri Azlan Zainol

Pengerusi KWSP dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Azlan Zainol meninggal dunia pada jam 2.40 petang Khamis.

Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri perbankan ini telah menerajui kumpulan itu sejak Mac 2021.

Sepanjang kerjaya, beliau berkhidmat untuk lebih daripada 12 syarikat.

Tan-Sri-Azlan-Zainol_20230112181813_mbsb

Tan Sri Azlan Zainol meninggal dunia pada umur 72 tahun

Prestasinya dalam industri perbankan tidak dapat disangkal lagi, apabila beliau berjaya menjadikan KWSP sebagai dana pencen terbesar di dunia selepas Krisis Kewangan Asia 1997.

Jenazah beliau diuruskan di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara pada pagi Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram