Dilimpahi populariti, bintang ternama ini memiliki keunikan tersendiri


  • Hiburan
  • Khamis, 18 Mei 2023

Kejelitaan dan ketampanan serta kehebatan lakonan membantu untuk menafikan bentuk fizikal selebriti yang berbeza berbanding normal.

INDIVIDU yang bergelar selebriti dan dilimpahi dengan percikan populariti kerap dilihat sempurna di mata masyarakat.

Bukan sahaja jelita dan tampan, malah pesona yang dimiliki turut membuatkan peminat memuja dan menyanjungi mereka.

Secara mata kasar, mereka ini kelihatan sempurna dan tiada cacat celanya. Namun, disebalik kesempurnaan itu, ada juga kekurangan fizikal yang membuktikan mereka juga manusia biasa.

Berikut antara selebriti antarabangsa yang memiliki kekurangan terhadap fizikal.

Paris Hilton

majoriti2023 (11)

Selebriti, pempengaruh dan usahawan terkenal Amerika Syarikat, Paris Hilton memiliki ukuran mata yang tidak simetri.

Sebelah kiri matanya dilihat lebih kecil berbanding mata kanan. Bagi menyembunyikan penyakit yang dipanggil amblyopia itu, Hilton biasanya akan menggunakan teknik solekan tertentu.

Megan Fox

majoriti2023 (12)

Kejelitaan pelakon Megan Fox berjaya menutup kekurangan yang ada pada ibu jari kanan.

Bentuk itu jari aktres itu berbeza berbanding kebiasaan kerana bahagian kuku sedikit besar manakala pangkal lebih kecil.

Ashton Kutcher

majoriti2023 (8)

Ketampanan wajah pelakon Ashton Kutcher turut berjaya ‘menafikan’ kekurangan yang ada pada jari kaki kanannya.

Terdapat dua jari kakinya yang kedua dan ketiga bercantum.

Boleh dikatakan kekurangan fizikal tersebut bukan satu isu besar memandangkan dirinya sendiri hebat dalam bidang lakonan.

Denzel Washington

majoriti2023 (10)

Aktor Denzel Washington memiliki jari kelingking yang ‘luar biasa’.

Ini kerana jari tersebut mampu digerakkan sekitar 45 darjah sehingga kelihatan seperti jarinya itu patah.

Washington mengatakan fizikalnya itu terjadi akibat mengalami kecederaan sewaktu kecil ketika sedang bermain bola keranjang.

Jennifer Garner

majoriti2023 (9)

Seorang lagi pelakon yang memiliki bentuk anggota badan yang berbeza ialah Jennifer Garner.

Salah satu jari kaki Garner dilihat bertindih. Keadaan itu dipanggil brachymetatarsia.

Meskipun kelihatan unik, namun keadaan fizikal itu tidak menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan.

Malah dirinya sendiri memilih untuk menjalani kehidupan sebegitu tanpa melakukan sebarang pembedahan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram