'Nothing special', assist Forestieri dianggap biasa-biasa saja oleh bintang EPL


  • Podium
  • Sabtu, 06 Mei 2023

Bintang EPL itu menganggap hantaran Forestieri biasa sahaja serta tidak mempunyai sebarang keistimewaan.

SEBELUM ini, nama Faisal Halim menjadi sebutan oleh pakar pencari bakat Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang disifatkan sebagai pemain bertaraf antarabangsa.

Tentu sahaja pandangan yang dilontarkan itu membuatkan penyokong berasa kagum dengan kebolehan dan kemahiran pemain Selangor FC tersebut.

Bagaimanapun, berbeza pula bagi pemain yang turut menggalas posisi penyerang di Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Fernando Forestieri.

Bintang Manschester City, Kevin De Bruyne berkata, taktik serangan Forestieri tidak mempunyai sebarang keistimewaan dan dianggap biasa.

man city

Kevin De Bruyne mengatakan serangan Forestieri sekadar biasa-biasa saja.

"Pada saya hantaran lintang yang dilakukan baik. Saya rasa tiada yang istimewa kerana anggap serangan itu biasa sahaja.

"Serangan itu melibatkan banyak perkara. Kadangkala ada pemain yang agak sedikit lambat bertindak, tetapi apa hendak buat kita bermain dalam satu pasukan," katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.

Pengguna media sosial saling meluahkan rasa kurang senang terhadap penilaian pemain berusia 31 tahun itu.

Rata-rata mereka menafikan hal tersebut selain mengatakan agar jangan disentuh pemain JDT.

majoriti2023 (85)

Forestieri dan Faisal Halim mendapat pandangan berbeza daripada pakar bola sepak antarabangsa.

"Tak puji pemain baju biru? Welcome to (selamat datang ke Liga Bola Sepak Malaysia) Kevin De Bruyne," kata Palatao Bola.

"KDB (Kevin De Bruyne) don't rate Forestieri! (jangan menilai Forestieri!)," kata Rajvinder.

"Nothing special JDT punya assist dia cakap," kata BeatTakeshi.

Berdasarkan data transfermarkt, Forestieri menjaringkan lapan gol sementara enam gol bantuan menerusi sembilan perlawanan dalam Liga Super musim ini dengan mencatat 706 minit permainan.

Sementara itu, Faisal Halim pula berjaya menyumbangkan empat gol dan empat gol bantuan dalam 11 penampilan dengan catatan masa permainan selama 848 minit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram