
SINDROM Rengsa Usus (IBS) boleh mengganggu kehidupan seharian seseorang.
Sesetengah penderita akan mengalami sakit perut secara berterusan, cirit-birit atau sembelit.
IBS yang mengganggu perut dan usus ini juga dipanggil sebagai saluran gastrousus. Gejala IBS kadangkala memalukan dan boleh menjejaskan kesejahteraan fizikal dan emosi serta kualiti kehidupan seseorang dengan ketara.
Cuba dapatkan rawatan dengan segera jika mengalami tanda-tanda seperti berat badan turun mendadak dan muntah-muntah.
Ahli Gastroenterologi Klinik Mayo, Dr Brian Lacy, berkata, antara tanda-tanda penghidap IBS ialah mengalami masalah pencernaan.
“Pesakit mempunyai simptom buang air besar yang tidak teratur.
“Pesakit akan mengalami sembelit disebabkan berhari-hari tanpa ada pergerakan.
“Sementara cirit-birit pula disebabkan oleh usus yang longgar dan berair,” jelasnya.
Punca sebenarn IBS masih tidak jelas, tetapi perkara itu dipercayai gabungan beberapa faktor termasuk perubahan dalam mikrobiom (mikro organisma di dalam usus) dan intoleransi makanan.
Cuba amalkan beberapa aktiviti seperti senaman, dapatkan rehat cukup dan elakkan pengambilan makanan berlemak. — Halodoc
IBS kini dikategorikan sebagai interaksi usus dan otak iaitu masalah dengan untuk saling berkomunikasi antara satu sama lain.
“Tekanan itu boleh menjejaskan otak. Kemudian menghantar isyarat ke usus, mengubah fungsi usus dan memburukkan gejala IBS,” katanya.
Tiada ubat untuk IBS, tetapi gejala tersebut boleh dikawal.
Antara yang boleh dilakukan ialah ambil makanan dalam jumlah yang kecil, tetapi kerap dan bersenam dengan kerap.
Teknik kawalan pernafasan seperti yoga antara dapat membantu tekanan.
Sekiranya mengalami najis berdarah, penurunan berat badan dan muntah-muntah, segera dapatkan rawatan doktor.
“Berbincang dengan doktor tentang perawatan dan kawalan yang boleh dilakukan bagi penghidap IBS,” jelasnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram