KEGELISAHAN sehingga menyebabkan gangguan emosi atau anxiety disorder merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan keresahan melampau.
Situasi tersebut bukan sahaja mengganggu kualiti kerja, bahkan menjejaskan kehidupan peribadi sehingga menyebabkan berasa tertekan.
Kebimbangan yang berterusan sekali gus membuatkan individu cenderung mengalami anxiety.
Terdapat beberapa jensi gangguan kecemasan iaitu:
Generalized anxiety disorder (GAD)
Gangguan kecemasan atau kegelisahan ini dikhuatiri jenis generalized anxiety disorder atau kecelaruan keresahan menyeluruh ini akan menyebabkan individu sukar untuk tidur dan mudah berasa panik.
Perkara ini boleh berlaku kepada golongan belia sehingga dewasa dengan potensi akan mengakibatkan serangan panik.
Sikap terlalu memikirkan perkara yang belum pasti antara punca seseorang individu mengalami anxiety.
Gangguan panik
Gangguan panik boleh berlaku secara tiba-tiba dan berulang kali sekiranya individu berdepan dengan sesuatu situasi.
Apabila perkara itu berlaku, individu berkenaan akan berasa sakit kepala, sesak nafas dan degup jantung bergerak pantas.
Individu yang mengalami serangan panik ini secara perlahan-lahan akan pulih dengan sendirinya selepas berehat.
Separation anxiety disorder
Separation anxiety disorder atau gangguan kecemasan berpisah ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang takut untuk berpisah dengan ibu bapa.
Social anxiety disorder
Social anxiety disorder atau kecemasan sosial adalah ketakutan ekstrem yang muncul ketika berada di tengah orang ramai.
Perasaan gementar, gugup, takut akan menyebabkan individu berasa pening kepala, mual, dan berpeluh.
Perut memulas, gelisah dan otot tegang antara tanda-tanda seseorang mengalami anxiety.
Tanda atau gejala anxiety (kecemasan) adalah:
- Gelisah
- Berpeluh
- Perut memulas
- Sering buang air kecil atau masalah diarea
- Menggeletar
- Otot tegang
- Sakit kepala
- Lemah
- Insomnia
- Ketakutan
- Sukar untuk fokus
Cara untuk tangani anxiety
Meluangkan masa untuk melakukan aktiviti menarik seperti berjalan kaki, berbasikal dan melukis dipercayai mampu merawat anxiety.
Jangan malu berjumpa dengan psikologi
Harus diingat, masalah anxiety bukan gila. Oleh itu, tidak perlu takut dan berasa malu untuk mendapatkan perbincangan dengan doktor pakar bagi mengatasi hal ini.
Diet seimbang
Amalan pemakanan dan gaya hidup sihat dapat membantu tahap kesihatan mental dan fizikal.
Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan makanan tambahan semula jadi yang baik untuk meningkatkan imunisasi badan.
Melibatkan diri dengan aktiviti
Cuba dapatkan atau mencari aktiviti menarik untuk dilakukan bersama ahli keluarga atau sahabat.
Sebaiknya lakukan aktiviti yang menghiburkan untuk mengelakkan diri daripada terlalu memikirkan rasa cemas.
Aktiviti seperti berjalan kaki, berbasikal, melukis, mengambil gambar, memasak atau menjahit.
Teman berbual
Sebaiknya jangan biarkan diri berada dalam keadaan keseorangan. Sekiranya berasa bimbang, cuba dapatkan teman untuk meluahkan perasaan.
Sekiranya tinggal bersendirian, ajak seorang untuk menemani di rumah. Ini kerana individu yang mengalami anxiety mudah mengalami sesak nafas dan berasa cemas.
Dekatkan diri dengan TUHAN
Bukan sahaja mengalami anxiety atau tidak, mengadulah sahaja kepada SANG PENCIPTA. Luahkan segala perkara yang terbuku di hati.
Insya-ALLAH, setiap doa dan amalan kebaikan yang dilakukan mendapat ganjaran dan rahmat ALLAH.
Katakan ‘tidak’ pada media sosial
Tenangkan fikiran dan emosi daripada menggunakan media sosial. Sikap obses itu secara tidak langsung akan membuatkan seseorang mudah berasa anxiety dan tertekan.
Latihan pernafasan
Belajar untuk melakukan teknik pernafasan dengan betul bagi membantu untuk menyeimbangkan semula degup jantung.
Perkara itu mampu untuk menenangkan fikiran dan lebih fokus.
‘Stop overthinking’
Sikap overthinking atau terlalu memikirkan sesuatu perkara yang belum pasti perlu dihentikan.
Sebaiknya nikmati dan jalani kehidupan sekarang dengan baik dan tidak perlu terlalu risau atau cemas memikirkan tentang masa depan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram