PEMAIN sayap kanan Sri Pahang FC, Baqiuddin Shamsudin atau mesra dipanggil Baqi kerap dijadikan sebagai 'padang sasar' kecaman dan kritikan, lebih-lebih lagi sekiranya pasukan itu gagal memenangi perlawanan.
Meskipun berdepan dengan pelbagai kata-kata negatif, Baqi tetap berusaha untuk memastikan Pahang tetap berada dalam kalangan kelompok lima teratas Liga Super musim ini.
Kata pemilik Facebook Hogoh Pahang Hogoh, terdapat beberapa sebab mengapa Baqi masih diturunkan sebagai kesebelasan utama Tok Gajah.
Baqi (kiri) tetap boleh dianggap sebagai pemain berpotensi Sri Pahang.
"Tidak semua pemain perlu menjaringkan gol, tetapi cukup mereka tahu fungsi dan berjaya memecah blok pertahanan lawan.
"Pemain perlu membuka dan mencari peluang untuk menjaringkan gol atau bantuan gol selain mengelecek dengan baik," jelasnya.
Sementara itu, ada pengguna media sosial yang mengharapkan agar Baqi mampu mengekalkan prestasi agar lebih konsisten.
"Baqi bukan tidak bagus, tapi sekarang dia masih belum bagus. Tapi sikit masa lagi, dia akan jadi bagus," kata Edan Lyndan.
Terdapat beberapa hal yang perlu diperbaiki oleh Baqi untuk mencatat imej cemerlang dengan pasukan.
"Dia bukan tidak bagus, cuma tidak konsisten," kata Paklong Kevin.
"Pada koi (saya) dengan kekurangan pemain sayap yang ada, Baqi masih boleh harap. Walaupun tak sedap seperti player winger Pahang sebelum ini.
"Kelemahan Baqi ini koi rasa adalah fizikal, kekuatan body dan finishing," kata Sha Moh.
Berdasarkan transfermarkt, Baqi berjaya menjaringkan satu gol dan satu bantuan gol menerusi 10 perlawanan dengan 723 minit permainan.
Pahang yang kini berkongsi 22 mata dengan Selangor FC berada di kedudukan ketiga Liga Super bakal bertemu dengan Penang FC pada 20 Mei depan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram