Putus harapan kerana gagal, apa kata tonton filem ini buat pembakar semangat 


  • Hiburan
  • Sabtu, 29 Apr 2023

Barisan filem tempatan dan luar negara yang boleh dijadikan sebagai pembakar semangat setelah berdepan dengan kegagalan.

KEKECEWAAN tatkala berdepan dengan kegagalan akan menyebabkan emosi terganggu dan berasa diri tidak mampu untuk bersaing dengan orang lain.

Disebabkan itu juga, seseorang lebih cenderung untuk mengurung diri mengasingkan diri termasuk kurang berkomunikasi.

Situasi begitu tidak harus dibiarkan terlalu lama kerana bimbang akan menjejaskan kesihantan fizikal dan juga mental.

Oleh itu, apa kata rehatkan minda sejenak dan luangkan masa menghiburkan hati duka dengan menonton filem yang mampu menaikkan semangat dan motivasi.

Berikut Majoriti senaraikan filem yang dapat membantu untuk menaikkan semula mood sekali gus memberikan inspirasi untuk terus melakukan yang terbaik dalam hidup.

The Devil Wears Prada, 2006

MV5BZjQ3ZTIzOTItMGNjNC00MWRmLWJlMGEtMjJmMDM5ZDIzZGM3XkEyXkFqcGdeQXVyMTkzODUwNzk@._V1_

Naskhah arahan David Frankel ini mengisahkan seorang wanita bernama Andrea Sache yang berhasrat untuk menjadi wartawan. Niatnya yang hadir temuduga di sebuah syarikat penerbitan fesyen terkemuka kerana ingin menimba pengalaman.

Bagaimanapun, perancangannya berubah setelah dia diterima menjadi pembantu kedua kepada editor popular, Miranda Priestly. Bukan saja kerjaya, malah perjalanan hidupnya turut berubah 360 darjah.

Perubahan yang tidak diduga itu membuatkan Sache menjadi lebih matang, bijak menguruskan kerjaya, memiliki rangkaian kenalan berpengaruh dan arif tentang fesyen iaitu sesuatu yang tidak pernah dia pedulikan.

Filem lakonan hebat oleh Anne Hathaway, Meryl Streep, Emily Blunt, Stanley Tucci, Simon Baker, Adrian Grenier dan Gisele Bundchen mengajar tentang erti tidak mudah mengalah.

Meskipun berdepan dengan pelbagai rintangan, individu itu perlu bijak untuk menjadikan cabaran sebagai peluang kepada perkara baharu.

Melakukan perkara yang di luar zon selesa, berkemungkinan akan membuatkan kita menjadi lebih kuat secara mental dan fizikal.

Lee Chong Wei: Rise of The Legend, 2018

MV5BYzg1ZGRmYTYtODdiZC00OTYxLThjY2QtZjI1ZjZjMzE4OTY5XkEyXkFqcGdeQXVyOTE1ODg2MjU@._V1_

Sebut sahaja nama Lee Chong Wei, minda seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada jaguh sukan badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei. Kepayahan beliau dalam mengejar cita-cita sebagai atlet negara diceritakan dalam filem Lee Chong Wei: Rise of The Legend.

Filem arahan Teng Bee dengan membariskan pelakon Tosh Chan, Datuk Rosyam Nor, Mark Lee, Jake Eng, Yeo Yann Yann, Ashley Hua, Sherie Merlis dan Agnes Lim.

Segala kepayahan dan keperitan yang dilalui oleh Chong Wei untuk meneruskan keinginannya dalam bidang sukan.

Setiap rintangan, tidak pernah mematahkan semangat beliau meskipun halangan itu datangnya daripada darah daging sendiri. Demi keazaman dan cinta dalam sukan badminton, beliau terus optimis dan bersungguh-sungguh meneruskan perjuangan.

Adiwiraku, 2017

adiwiraku poster

Diilhamkan daripada kisah benar, filem Adiwiraku arahan Eric Ong menjadi salah satu karya inspirasi yang mampu menaikkan semangat. Kisah bermula apabila sekumpulan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah menyertai pertandingan sebutan korus (choral speaking).

Filem ini juga berjaya dianggat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29 pada 2017. Penceritaan yang menyayat hati apabila usaha sekumpulan pelajar daripada sekolah pedalaman menyertai pertandingan bahasa Inggeris.

Stigma negatif yang kononnya pelakon ‘kampung’ tidak fasih atau setanding pelajar bandar. Bagaimanapun, kesungguhan dan semangat tidak patah semangat berjaya mengatasi segalanya.

Filem ini dilakonkan oleh Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong, Ahmad Adnin, Nur Irdina Tasnim dan Muhammad Alif Abu Bakar dan Farra Noradzlina.

Good Will Hunting, 1997

MV5BOTI0MzcxMTYtZDVkMy00NjY1LTgyMTYtZmUxN2M3NmQ2NWJhXkEyXkFqcGdeQXVyMTQxNzMzNDI@._V1_

Keadaan persekitaran dan pola fikiran kadangkala membuatkan kita sukar untuk menerima kenyataan. Disebabkan itu, kita lebih cenderung melihat kehebatan, kelebihan dan kemampuan orang lain berbanding diri sendiri.

Perkara itu yang diketengahkan dalam filem apabila Will Hunting tidak menyedari kemampuannya kerana beranggapan dirinya sekadar orang biasa dan bekerja sebagai penjaga banggunan.

Dia yang memiliki kemahiran dan kebijaksanaan tentang ilmu matematik tidak mengetahui bahawa dirinya ada kehebatan jauh lebih baik berbanding orang lain.

Secara perlahan-lahan, dia kemudian mampu menerima hal itu dan cuba menggunakan kelebihan yang ada demi kebaikan masyarakat.

Ringkasnya, filem tersebut menceritakan bahawa setiap daripada kita mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri. Disebabkan itu, jangan pernah berputus asa apatah lagi patah semangat ketika berhadapan dengan kegagalan,

Pad Man, 2018

Padman-774443498-large

Filem Pad Man merupakan sebuah naskhah Bollywood yang diilhamkan daripada kisah benar. Menceritakan tentang seorang lelaki yang sangat mementingkan kesihatan haid wanita.

Masyarakat pedalaman India tidak melihat serius tentang penjagaan kebersihan wanita. Disebabkan itu, Lakshmikant Chauhan atau Laxmi berusaha untuk menghasilkan tuala wanita yang sesuai untuk dipakai.

Berbeza dengan penggunaan biasa, kebanyakan wanita hanya menggunakan kain yang dilipat sebagai tuala wanita. Bahkan mereka yang sedang datang haid juga tidak dapat melakukan sebarang perkara dan hanya duduk di rumah sahaja.

Disebabkan itu Laxmi berusaha untuk menghasilkan tuala wanita yang terbaik untuk isteri dan masyarakat setempat.

Usahanya itu pada awalnya mendapat tentangan isteri, keluarga dan penduduk setempat yang menyifatkan dirinya gila. Namun, Laxmi tetap meneruskan usahanya sehingga sanggup berhabis duit membeli mesin dan membuat kajian untuk merealisasikan impiannya itu.

Filem arahan R.Balki itu dibintangi oleh Akshay Kumar, Radhika Apte, Sonam Kapoor, Jyoti Subhash, Mrinmayee Godbole dan Parul Chouhan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram