Jangan lepaskan peluang ini, tawaran menarik percutian Lexis Hotel & Resorts menanti anda di MATTA Fair 2023


  • Bizz
  • Isnin, 13 Mac 2023

Jangan lepaskan peluang untuk ke MATTA Fair dan rebut peluang membeli baucar bilik Lexis Hotel & Resorts untuk penginapan 2 hari 1 malam pada harga berpatutan.

KESIBUKAN jadual kerja kadangkala membuatkan kita terlupa untuk 'merawat' diri atau meluangkan masa dengan keluarga. Salah satu perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti hidup ialah masa bercuti bersama insan tersayang.

Tentu sahaja percutian beramai-ramai itu akan melibatkan kos tinggi. Namun, ada cara untuk mendapatkan penjimatan sekali gus berpeluang bercuti dengan tenang dan gembira.

'Rahsianya' pasti diketahui jika berkunjung ke pameran pelancongan terbesar Matta Fair bermula 17 Mac hingga 19 Mac ini di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa (MITEC) Kuala Lumpur.

Pengunjung yang gemar menikmati suasana keindahan pantai boleh mendapatkan potongan harga percutian hebat Lexis Hotel & Resorts.

Accommodation - Premium Pool Villa (3) (1)

Nikmati percutian mewah pada harga berpatutan di Lexis Hotel & Resorts.

Presiden Kumpulan Lexis Hotel, Datuk Mandy Chew Siok Cheng berkata, selepas tempoh tiga tahun, pihaknya teruja untuk kembali bertemu dengan pengunjung dengan tawaran harga istimewa bagi pengalaman percutian menakjubkan.

"Sepanjang tempoh pengajuran MATTA Fair edisi ke-52 di lokasi yang lebih luas dan besar selama tiga hari berturut-turut kami akan terus membantu pengunjung pameran dengan pembelian percutian idaman di penginapan yang disediakan Lexis.

"Meskipun industri pelancongan tempatan teruk terjejas akibat wabak Covid-19, tetapi kami berjaya menempuh semua halangan. Kini semakin ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang menggemari percutian unik, santai dan semestinya sukar dilupakan lebih-lebih lagi ketika menginap di hotel dan resorts Lexis,” katanya dalam satu kenyataan.

Menarik tentang pameran tersebut, pengunjung berpeluang menikmati tawaran hebat sehingga 32 peratus.

majoriti2023 (14)

Lexis Hotel & Resorts menawarkan potongan harga kepada pelbagai jenis bilik harga serendah RM230 bersih.

Jadi jangan lepaskan peluang dan tandakan kalender untuk ke MATTA Fair dan rebut peluang membeli baucar bilik Lexis untuk penginapan 2 hari 1 malam pada harga serendah RM230 bersih.

Terdapat juga baucar sarapan pagi dengan diskaun khas yang hanya boleh didapati di MATTA Fair.

Bagi penginapan, tawaran menarik di Lexis Port Dickson bagi bilik Premium Tower pada harga RM230 bersih manakala Premium Water Chalet (RM330 bersih) dengan baucar sarapan harga bersih RM25 seorang.

Grand Lexis Port Dickson pula memberi harga bersih RM490 untuk bilik jenis Deluxe Suite dan harga bersih RM590 (Premium Pool Villa) dengan harga bersih RM35 seorang baucar sarapan.

Sementara itu, Lexis Hibiscus Port Dickson pula menawarkan harga bersih RM590 untuk bilik jenis Sky Pool Villa sementara Premium Pool Villa pada harga bersih RM690 dengan baucar sarapan bernilai harga bersih RM40 seorang.

phg7z_f0

Pengunjung MATTA Fair dapat membuat pilihan sendiri terhadap variasi bilik Lexis Hotel & Resorts dan lokasi kegemaran untuk bercuti.

Tidak ketinggalan, Lexis Suites Penang menawarkan harga bersih RM390 bagi bilik jenis Premium Pool Suite dengan baucar harga bersih RM35 seorang.

Setiap baucar bilik sah untuk penginapan 2 hari 1 malam bagi dua orang pada mana-mana tarikh yang dipilih sepanjang tempoh satu tahun dari tarikh pembelian.

Manakala setiap baucar sarapan pula adalah sah untuk seorang dan boleh digunakan sekali sahaja untuk menikmati set sarapan pagi atau bufet sarapan pagi yang ditawarkan di hotel atau resort Lexis tertentu.

Justeru apa ditunggu lagi, segera dapatkan potongan harga bagi menikmati peluang percutian gaya mewah pada harga berpatutan.

Jom kunjungilah gerai-gerai Lexis Hotel Group di pameran MATTA Fair dari pukul 10 pagi hingga 9 malam dari 17 Mac hingga 19 Mac, di Dewan 2, Booth 1D28 dan 1D30 atau Dewan 3, Negeri Sembilan Booth 1G09-1G16 di Level 1, MITEC, Kompleks MITEC @ KL Metropolis, 8, Jalan Dutamas 2, Segambut, 50480 Kuala Lumpur.

Perlu diingatkan setiap pembelian tertakluk kepada terma dan syarat.

Sebarang maklumat lanjut, mengenai promosi terbaru dari Kumpulan Lexis Hotel dapat diperoleh dengan melayari https://www.lexis.my/ atau ikuti akaun media sosial rasmi @lexishotelgroup di Instagram, Facebook dan TikTok. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram