Seluruh fans bola The Bos Gaurus cabar Wan Zack bantu Perak FC buat 'comeback'


  • Podium
  • Ahad, 12 Mac 2023

Penyokong mengharapkan Perak berjaya menjinakkan Kuching City di laman sendiri pada Ahad. — Perak Football Club

PRESTASI semasa pasukan Perak FC yang dilihat kurang menyerlah menerusi tiga perlawanan terdahulu dalam Liga Super musim ini membuatkan penyokong berasa gusar tentang masa depan skuad The Bos Gaurus itu sepanjang 2023.

Kedudukan Perak yang berada di posisi keempat terendah liga secara tidak langsung mempengaruhi keyakinan terhadap pasukan kendali Datuk Lim Teong Kim itu untuk memperoleh kejayaan bermakna musim ini.

Bagaimanapun, penyokong tetap mengharapkan agar keajaiban berlaku ketika melayan kunjungan Kuching City di Stadium Perak, Ipoh pada Ahad.

majoriti2023 (8)

Penyokong mengharapkan Teong Kim memberi peluang kepada Wan Zack untuk beraksi dalam senarai kesebelasan utama.

Mereka menginginkan agar Teong Kim memberi peluang kepada pemain kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Noor untuk membantu Perak memburu tiga mata berharga.

Bermain di laman sendiri, penyokong mengharapkan Perak memanfaatkan kesempatan itu untuk mengutip tiga mata dan mempamerkan aksi tidak menghampakan.

“Bukan hendak cakap apa, kalah itu kita terima, kalau menang kira bonus. Tapi yang pelik, kenapa coach tidak mahu masukkan Wan Zack," kata seorang penyokong, Anak Jati Bota.

majoriti2023 (7)

Kemunculan Wan Zack di atas padang antara harapan penyokong terhadap Perak menentang Kuching FC.

“Kalau asyik simpan saja, bagaimana dia nak dapatkan ketangkasan bermain. Kalau tidak dapat main, baik dia main Perak II.

“Harap Wan Zack boleh bantu Perak untuk menang nanti," ujar seorang lagi penyokong.

“Asyik simpan saja, ini bukan ‘bank’. Bagi dia main sebab tiada faedah pun simpan lama-lama kalau tidak bermain,” demikian antara komen penyokong yang meletakkan harapan Perak untuk menang pada Ahad.

Pemain berusia 32 tahun itu sebelum ini pernah menyarung jersi Selangor, Felda United dan Kelantan FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram