Kehebatan wanita UAE, ada yang muncul angkasawan berhijab pertama


Wanita yang dianggap lemah tetapi mampu memberikan impak positif terhadap orang ramai. — Gambar hiasan

KEYAKINAN diri adalah perkara utama yang perlu ada dalam diri wanita walaupun dianggap lemah dan suka bergantung pada kaum lelaki.

Kejayaan dan sumbangan wanita dalam pelbagai bidang masa kini termasuk politik, ekonomi dan sosial amat penting bagi membentuk kemajuan dan kemakmuran negara.

Kaum wanita di Timur Tengah terbukti hebat dalam mengemudi dunia pekerjaan atau perniagaan.

Beberapa wanita yang berasal dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberikan inspirasi atas pencapaian yang diperoleh.

1) Noura Al Kaabi

WhatsApp Image 2023-03-11 at 6.01.46 PM (1)

Memegang jawatan sebagai Menteri Kebudayaan & Belia di UAE

Kita sering mendengar mengenai penglibatan golongan lelaki dalam pemerintahan negara, namun kita lupa bahawa wanita juga mempunyai hak dan pengetahuan untuk menyebarkan kesedaran kepada orang ramai dan boleh terlibat dalam dunia politik.

Noura Mohammed Al Kaabi merupakan seorang ahli politik yang mana dia diamanahkan untuk memegang jawatan Menteri Kebudayaan dan Pembangunan Pengetahuan Kabinet di UAE.

Penglibatannya dalam dunia politik membuahkan hasil apabila berjaya memberikan sumbangan kepada kebajikan dan membantu para belia.

Dia juga dinobatkan sebagai 30 Wanita Paling Berpengaruh dalam Kerajaan oleh Forbes Middle East selain pernah diberikan pengiktirafan oleh Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in atas usaha untuk meningkatkan hubungan baik antara Korea Selatan dan UAE pada 2020.

2) Nora Al Matrooshi

WhatsApp Image 2023-03-11 at 6.01.46 PM

Nora, angkasawan wanita pertama berhijab di Arab.

Nora Al Matrooshi adalah angkasawan wanita pertama yang berhijab dari Arab. Dia dipilih daripada lebih 4,000 pemohon untuk menerima latihan bagi misi penerokaan angkasa lepas jangka panjang.

Nora,33, mengatakan sejak dipilih untuk menyertai Program Angkasawan UAE, dia telah menerima sokongan daripada penduduk UAE dan Arab serta amat berbangga dapat mewakili UAE.

Minat yang mendalam terhadap angkasa lepas tercetus sejak dari kecil kerana gemar mengikuti kelas berkaitan angkasa lepas di sekolah dan melibatkan diri dalam aktiviti astronomi.

3) Aisha Al Mansoori

WhatsApp Image 2023-03-11 at 6.01.46 PM (2)

Aisha, kapten wanita pertama di United Arab Emirates (UAE).

Selepas menamatkan pengajian, Aisha Al Mansoori menyertai Etihad Airways sebagai juruterbang kadet dalam Airbus A320 dan merupakan juruterbang yang berpengalaman selama 15 tahun.

Dia menciptakan sejarah dengan menjadi kapten wanita pertama UAE selepas menjadi juruterbang kadet dan mempunyai hampir 6,000 jam penerbangan.

Aisha mengatakan bahawa dia sangat bangga dan gembira kerana dinaikkan pangkat sebagai kapten, ia adalah satu pencapaian yang saya nantikan dan bekerja keras sejak saya menjadi kadet. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram