Rasai momen berbeza, nikmati bufet makan malam sambil dikelilingi neon kota di Atmosphere 360


  • Bizz
  • Jumaat, 10 Mac 2023

Pemandangan mewah atau 'million dollar view' menjadi tarikan pengunjung untuk menikmati hidangan di Atmosphere 360.

PENGUNJUNG yang datang bukan sahaja berpeluang untuk menikmati hidangan lazat, malah restoran bagai di ‘kayangan’ itu turut menyediakan pemandangan memukau sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Lokasinya tentu sekali di Restoran Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur yang menawarkan bufet makan malam istimewa dengan menampilkan pelbagai menu menyelerakan dari seluruh dunia, termasuk makanan tradisional Melayu yang disediakan oleh cef berpengalaman.

20230305_185330

Antara hidangan yang menarik disediakan untuk pengunjung.

Selain itu, tarikan utama bufet makan malam di premis yang terletak di ketinggian 282 meter itu antaranya kambing panggang, shawarma dan lontong menjadi juadah ‘wajib’ selain pelbagai pilihan lain untuk pelanggan berbilang bangsa.

IMG_1744

Menu menarik yang bakal menjadi pilihan utama orang ramai.

Di samping itu, pilihan menu lain yang turut disediakan antaranya ketupat nasi, ketupat palas, lemang pulut, rendang ayam, serunding daging, serunding ayam, otak-otak daun dan bubur lambuk yang dihidang bersama cili, bawang dan jeruk halia.

20230305_184212

Aneka juadah yang sudah pasti menjadi pilihan ramai.

20230305_184225

Hidangan satay ayam turut disediakan dengan sambal yang menyelerakan.

Tidak hanya berpeluang merasai sajian utama, pengunjung boleh menikmati pelbagai juadah manisan, seperti aneka kuih tradisional Melayu, petit fours dan terdapat juga cookies disediakan untuk memenuhi cita rasa semua.

20230305_183928

Tarikan pilihan menu yang sudah pasti menjadi pilihan orang ramai.

Bufet makan malam di Atmosphere 360 hasil air tangan cef berpengalaman yang turut hadir menunjukkan persembahan memasak di hadapan pengunjung secara langsung.

20230305_184534

Masakan tradisional Melayu yang menyelerakan.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan kugiran Staccato Triplet Resources.

Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk merasai bufet makan malam istimewa dan nikmati harga yang menarik hanya di Restoran Atmosphere 360.

20230305_183118

Nikmati juadah makan malam bersama keluarga tersayang.

Atmosphere 360 menawarkan harga yang menarik untuk bufet makan malam serendah RM238 bersih bagi dewasa, RM150 bersih warga emas, OKU dan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun antara Isnin hingga Khamis, manakala untuk tempoh Jumaat hingga Ahad pula setiap pelanggan dewasa dikenakan caj RM268 bersih, bagi warga emas, OKU dan kanak-kanak (6-12 tahun) pula perlu membayar RM200 bersih. Namun, kanak-kanak yang berumur dua hingga lima tahun hanya perlu membayar RM50 bersih pada Isnin hingga Ahad.

Bufet makan malam ini bermula pada pukul 7 hingga 10 malam namun pengunjung boleh menikmati hidangan tanpa ada had masa yang ditetapkan.

Atmosphere 360 mengadakan promosi hanya sekali dalam setahun dan tahun ini ia bermula 23 Mac hingga 21 April 2023. Oleh yang demikian, bagi yang berminat sila layari https://atmosphere360.com.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat tempahan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram