Program GVC hasil kerjasama Kossan, Pantas bantu pembekal PKS


  • Bizz
  • Rabu, 08 Mac 2023

Tan Sri Datuk Lim Kuang Sia (empat dari kanan) sempenan pelancaran Program Rantaian Nilai Hijau (GVC) oleh Kossan Rubber Industries dan Pantas Software.

PROGRAM Penghijauan Rantaian Nilai (GVC) dilancarkan oleh Kossan Rubber Industries (Kossan) dengan kerjasama Pantas Software (Pantas) membantu pembekal perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam rantaian bekalan mereka.

Kossan merupakan antara pengilang terbesar sarung tangan pakai buang dunia dan salah satu daripada pengilang produk getah teknikal terbesar di Malaysia.

Program itu bertujuan untuk membantu dan memberi insentif kepada pembekal PKS mengukur dan mengurus karbon melalui penyelesaian perakaunan yang dibangunkan oleh Pantas.

Selain itu, pembekal juga berpeluang untuk mengakses Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) berjumlah RM2 bilion untuk membiayai modal kerja PKS atau perbelanjaan yang berkaitan dengan amalan rendah karbon pada kadar yang berpatutan.

"Program GVC merupakan situasi menang-menang untuk syarikat dan para pembekal di samping dapat memanfaatkan alam sekitar," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kossan, Tan Sri Lim Kuang Sia.

WhatsApp Image 2023-03-08 at 15.45.45

Kuang Sia berkata, GVC memperlihatkan perhubungan sinergi menang-menang buat pembekal, Kossan dan manfaat kepada alam sekitar

Kuang Sia juga berkata, program GVC tersebut adalah salah satu langkah penting dalam usaha berterusan Kossan untuk menjadi lebih mesra alam dan percaya perjalanan pembangunan mampan perlu dilalui bersama.

Di samping itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Pantas, Max Lee berkata, beberapa sesi latihan akan diadakan untuk melengkapkan pembekal PKS dengan pandangan tentang perubahan iklim, termasuk kepentingan dan kaedah pengurusan serta pelaporan karbon.

PKS juga akan menerima akses percuma kepada penyelesaian perisian perakuanan karbon bersama rakan kongsi penyedia perkhidmatan antaranya Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC), Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (GCG), British Standards Instituion (BSI) dan AmBank Berhad (AmBank).

Program itu turut disokong oleh Jawatankuasa Bersama Perubahan Iklim (JC3) yang dipengerusikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram