Tunggu apa lagi? Sudah sampai masa LTK tagih 3 hero muda TBG masa jumpa Kuching City


  • Podium
  • Jumaat, 10 Mac 2023

Skuad Perak FC bakal menerima kunjungan daripada The Cats dalam aksi Liga Super pada Ahad.

SKUAD Perak FC ketika ini sedang bergelut dalam Liga Super kerana keputusan setiap perlawanan tidak memuaskan.

Lebih memilukan lagi, Perak FC tersingkir dari Piala FA apabila Sri Pahang FC berjaya menundukkan The Bos Gaurus (TBG) dengan kemenangan 2-1 pada Rabu.

Para penyokong TBG inginkan Datuk Lim Teong Kim mengubah formula dan pemilihan pemain yang lebih baik untuk beraksi perlawanan seterusnya.

Bagi seorang penyokong Perak FC, Hairi Zaini, khidmat tiga pemain muda boleh ditagih sekiranya skuad TBG mahu mencatatkan keputusan lebih baik ketika aksi Liga Super menentang Kuching City FC pada Ahad.

"Tapi ada yang menarik perhatian saya untuk perlawanan malam tadi, tiga pemain yang jarang diturunkan menunjukkan kualiti yang bagus, harap lepas ini kerap lah diturunkan pemain ini, walaupun muda tapi berani kawal bola dengan baik," katanya.

WhatsApp Image 2023-03-09 at 04.03.01

Faris berjaya mencuri tumpuan ramai dengan aksi persembahan menentang Sri Pahang FC.

1) Farris Izdiham

Setakat ini, pemain pertahanan, Farris Izdiham pernah beraksi dalam hanya satu perlawanan Liga Super, yang mana dia diturunkan ketika menentang PDRM FC sebagai pemain gantian.

Selepas diletakkan di bangku simpanan, khidmatnya sekali lagi diperlukan dalam aksi pembukaan Piala FA berdepan Sri Pahang FC yang mana dia diberikan penampilan dalam kesebelasan utama.

Ketika berdepan skuad Tok Gajah, pemain berusia 21 tahun itu beraksi dengan cukup baik dengan kerap melakukan bentesan tepat terhadap jentera serangan lawan.

Jadi, dengan mereka bakal menerima kunjungan skuad The Cats nanti, Teong Kim pasti akan terbuka untuk memberinya minit permainan bagi menutup gerakan anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim.

2) Mohd Syukri Baharun

Tampil beraksi sebagai pemain tengah, Syukri Baharun diturunkan pada babak kedua bertemu Sri Pahang yang mana dia dilihat bertungkus-lumus dalam membantu pasukannya.

Dia yang dimasukkan bagi menggantikan Fadhil Idris mempamerkan aksi yang cukup baik sehingga menyebabkan penyokong TBG mula mengharapkan penglibatannya dengan lebih kerap.

Ini kerana dia masih tidak diberikan peluang untuk beraksi dalam Liga Super dengan barisan kejurulatihan lebih berminat untuk menggunakan khidmat Ikhwan Hafizo dan Fadhil.

Oleh itu, bagi memberikannya ruang untuk berkembang, perlawanan menentang Kuching City merupakan platform terbaik kerana mereka juga bukanlah sebuah lawan yang amat mengancam.

3) Shafizi Iqmal Khirudin

Musim ini, Shafizi hanya diberikan 14 minit untuk menampilkan aksi persembahannya dalam Liga Super, namun khidmatnya msaih diperlukan ketika aksi Piala FA yang mana dia beraksi untuk 73 minit menentang skuad Sri Pahang FC.

Shafizi sebelum ini pernah menyertai kelab Selangor FC pada 2020 dan 2021 serta Kelantan United musim 2021 dan 2022 sebagai pemain penyerang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram