Memukau lagi mempersonakan, 6 persembahan AJL tak lekang di ingatan


  • Hiburan
  • Khamis, 16 Feb 2023

Sebahagian persembahan finalis AJL yang masih diingati sehingga ke hari ini.

PERSEMBAHAN Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) pada Ahad lalu memperlihatkan penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul diangkat sebagai juara sekali gus membawa hadiah wang tunai RM100,000.

Tidak hanya itu, Aina turut memenangi kategori Vokal Terbaik menerusi persembahan lagu Terus Hidup dan turut berjaya membawa pulang wang tunai RM12,000.

Pada acara itu juga memperlihatkan Shiha Zikir sebagai pemenang bagi kategori Persembahan Terbaik dengan bertemakan pakaian LED dan bercahaya dengan persembahan memukau menerusi lagu Irama.

Tidak dinafikan saban tahun kesemua finalis sentiasa berusaha untuk tampil kreatif dan memberikan kelainan saat membuat persembahan.

Begitu juga dengan beberapa selebriti yang turut tidak ketinggalan membawa pembaharuan menerusi persembahan luar biasa untuk memberi kepuasan kepada penonton.

Berikut Majoriti senaraikan persembahan yang tidak dapat dilupakan saat menonton Anugerah Juara Lagu terdahulu.

Penyanyi: Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah

Lagu: Haram

majoriti2023 (6)

Bermula dengan bunyi guruh dan hujan, persembahan Haram oleh Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah pada AJL33 pada 2019 antara tidak dapat dilupakan.

Bertemakan warna hitam putih dan mengenakan pakaian kalas air lutsinar, pentas AJL kemudian dilihat seolah-oleh disimbahi air hujan.

Artis: Sufian Suhaimi

Lagu: Di Matamu

majoriti2023 (4)

Lagu Di Matamu pernah menjadi fenomena dan perbualan hangat peminat lebih-lebih lagi apabila single tersebut dikeluarkan selepas penyanyinya, Sufian Suhaimi putus tunang dengan pelakon, Elfira Loy.

Persembahan Sufian di AJL33 itu turut melayakkan dirinya untuk membawa pulang gelaran Persembahan Terbaik. Tersenarai sebagai antara persembahan yang tidak dapat dilupakan lebih-lebih lagi apabila tirai putih mendedahkan sofa putih panjang menyerupai pelamin dengan perhiasan bunga ros putih.

Perhiasan 'pelamin' itu turut menjadi perbualan hangat apabila dikatakan mirip pelamin perkahwinan Elfira Loy dengan Faris Khairol Anuar pada Januari 2019.

Penyanyi: Aina Abdul

Lagu: Sumpah

majoriti2023 (8)

Lagu Sumpah menjadi antara karya yang membuka mata pendengar terhadap kehebatan vokal penyanyi Aina Abdul. Dipertandingkan pada AJL34, Aina memberikan cabaran sengit terutama terhadap vokal.

Bukan sahaja vokal, malah persembahan berdarah Aina menjadi antara yang tidak dapat dilupakan lebih-lebih lagi apabila dia mengenakan gaun putih.

Cecair merah yang menyerupai darah mengalir dari leher difahamkan simbolik kesan hati terluka kerana kesal dalam hubungan.

Penyanyi: Salma

Lagu: Akhirnya Cinta

majoriti2023 (5)

Persembahan Salma dengan mendendangkan lagu Akhirnya Cinta pada AJL32 antara yang tersenarai sebagai persembahan tidak dapat dilupakan. Permulaan persembahan dengan dua tirai gergasi yang memaparkan pemain piano di sebelah kanan manakala kiri pula memperlihatkan wanita bermain biola dan double bass.

Di tambah pula dengan paparan skrin pentas yang mempamerkan bunga merah yang memukau banyak mata memandang.

Artis: Noraniza Idris

Lagu: Ngajat Tampi

majoriti2023 (9)

Penyanyi yang terkenal dengan barisan lagu etnik kreatif kontemporari, Noraniza Idris sepertinya sudah meletakkan 'acuan' terhadap setiap kali menyertai AJL.

Pada AJL 2000 Noraniza Idris mempersembahkan lagu Ngajat Tampi yang turut melayakkan dirinya memenangi anugerah kategori Persembahan Terbaik.

Penyanyi: Altimet

Lagu: Amboi

majoriti2023 (7)

Lagu yang sarat dengan nasihat, Amboi berjaya membuatkan bintang rap, Altimet memenangi gelaran Persembahan Terbaik pada AJL32.

Persembahan hebat itu menggegarkan pentas di Axiata Arena apabila kesemua penonton yang hadir turut serta menyanyikan lagu tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram