PENGASAS dan Pengerusi Eksekutif PG Group, Datuk Wira Louis Ng melancarkan buku tentang bagaimana untuk memperoleh pendapatan dengan mudah menerusi konsep e-dagang.
Dalam buku yang bertajuk ConsuMerchant A Revoutionary Sharing Economy Business Model menjelaskan tentang manfaat kaedah perkongsian keuntungan atau dipangil ConsuMerchant dalam jualan Public Gold dan aplikasi e-dagang, PG Mall.
Jelasnya, buku itu juga menerangkan penggunaan pemasaran rujukan (referral marketing) apabila menjadi kunci kejayaan kepada Public Gold yang bermula pada 2008 sekali gus bergerak seiring dengan perkembangan konsep pembelian dalam talian.
"Alasan utama saya menubuhkan konsep ConsuMerchant untuk menawarkan kepada masyarakat tentang peluang menjana keuntungan pasif menerusi konsep perniagaan yang efektif tanpa memerlukan modal.
Louis Ng bersama Mohd Aizuddin ketika majlis Pelancaran Buku ConsuMerchant A Revoutionary Sharing Economy Business Model.
"Hanya dalam tempoh lima tahun, ConsuMerchant membantu pelanggan dan penguna aplikasi jualan e-dagang, PG Mall meraih pendapatan dengan mudah," katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Buku ConsuMerchant A Revoutionary Sharing Economy Business Model di Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada Rabu.
Mengulas lanjut, beliau meletakkan harapan agar buku ini bukan sahaja mampu membantu para pembaca menjana pendapatan lebih, tetapi turut mewujudkan usahawan dalam kalangan belia.
"Saya mahukan generasi akan datang bijak dalam pengurusan kewangan dan berkebolehan menguruskan perniagaan. Cara ini secara tidak langsung mampu memberikan taraf kehidupan lebih baik," ujarnya.
Pada masa sama, perkara tersebut harap dapat direalisasikan menerusi kerjayasama dengan Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin), Datuk Mohd Aizuddin Ghazali, pihaknya berusaha untuk memasarkan buku di peringkat sekolah dan institusi pendidikan pengajian tinggi (IPT).
"Kerjasama ini dapat membantu golongan memerlukan menerusi aktiviti amal. Kami juga akan memastikan setiap pelajar yang berdaftar di bawah yayasan untuk membaca buku ini sama ada membelinya di pasaran atau pinjamin di perpustakaan IPT.
Louis Ng (kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM25,000 kepada Mohd Aizuddin (dua dari kanan) sambil diperhatian oleh Jerry Ng dan Datin Wira Yvonne Lim.
"Kami sebolehnya mahu pelajar mampu menjadi ahli perniagaan kerana kami sangat fokus terhadap program bersama dengan generasi muda dan melihat platform (PG Mall) ini sebagai dunia baharu kepada golongan belia,"terangnya.
Dalam majlis sama, PG Mall menyalurkan sumbangan berjumlah RM25,000 kepada Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) sebagai simbolik kepada kerjasama dengan antara kedua-dua pihak.
Jalinan usahasama itu bertujuan untuk mewujudkan peluang perniagaan kepada golongan belia dan menggalakkan mereka untuk menjadi usahawan.
Terdapat lima topik utama yang membincangkan tentang e-dagang, pemasaran rujukan, pengguna, dagangan dan media sosial. Terdapat juga perkongsian kejayaan individu berjaya menggunakan konsep perniagaan ConsuMerchant.
Buku ini boleh didapati secara dalam talian di PG Mall atau kedai buku terpilih pada harga RM35. Namun potongan sebanyak 20 peratus bagi pembelian di PG Mall. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram