SETIAP daripada kita mempunyai kriteria dan ciri-ciri tertentu dalam menentukan pilihan pasangan yang diharapkan agar kekal sehingga ke Jannah.
Demi untuk merealisasikan itu, pelbagai usaha sudah digunakan untuk mendapatkan individu yang diidamkan.
Segalanya sudah ditentukan oleh ALLAH dan ditakdirkan. Meskipun ‘cerita’ awalnya berbeza, belum tentu lagi kesudahannya berakhir dengan individu yang kita anggap akan menjadi jodoh.
Begitu juga dengan takdir hubungan pasangan selebiriti yang bertemu jodoh ketika saling menjalani penggambaran bersama.
Berikut senarai selebriti popular yang bertemu jodoh ketika menjalankan penggambaran bersama.
Fazura dan Fattah Amin
Pasangan romantik, Fazura dan Fattah Amin yang sangat diminati dan menjadi selebriti kesayangan peminat lebih-lebih lagi melihat telatah comel puteri mereka, Fatima.
Kedua-duanya saling bertemu dan menjalin hubungan secara serius selepas kedua-dua terlibat dalam pembikinan drama Hero Seorang Cinderella pada 2017.
Pasangan itu kemudian mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan kemudian memiliki seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal
Pasangan ini mula berkenalan apabila sama-sama berlakon drama bersiri, Klik pada 2011. Kedua-dua dikatakan saling mengenali setelah menjayakan naskhah tersebut sehingga mereka mengakui sudah bernikah pada pada 25 Februari 2012 secara rahsia dalam sebuah majlis tertutup di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor.
Pasangan itu kemudian menikah buat kali kedua pada 4 Februari 2013 iaitu setahun selepas pernikahan pertama.
Menurut Aeril, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama, tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum didaftarkan secara rasmi.
Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Soffya dan Muhammad Fahri.
Pekin Ibrahim dan Mona Allen
Pasangan pelakon hebat, Pekin Ibrahim dan Mona Allen mula 'berpacaran' selepas mereka berlakon bersama dalam cerita Dari Mastika episod Rumah Atas kubur yang ditayangkan pada Ogos 2017.
Mereka kemudian berkahwin pada 7 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup dan dikurniakan cahaya mata, Petra Pekin pada Ogos 2022.
Amar Bahrin dan Amyra Rosli
Mula rapat apabila berlakon bersama dalam drama Suamiku Encik Sotong pada 2014.
Kemudian pasangan ini berkahwin pada 11 November 2016, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Jep Sepahtu dan Sari Yanti
Sari Yanti memaklumkan dia dengan Jep Sepahtu mula menjalani penggambaran sitkom komedi Jawatankuasa Kampung Kalut yang memulakan tayangan pada 2016.
Kemudian mereka mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.
Perkahwinan itu merupakan yang kedua buat Sari yang turut memiliki dua cahaya mata dengan suami terdahulu, bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram