Elak alami mati pucuk, ini perkara yang orang lelaki wajib tahu


  • Sihat
  • Sabtu, 04 Feb 2023

Penjagaan kesihatan fizikal, mental, emosi dan batin perlu dipandang serius oleh golongan lelaki selain cepat dapatkan rawatan sekiranya mempunyai simptom.

TANPA mengira jantina mahupun usia, penjagaan kesihatan penting dan perlu diberi perhatian kerana mencegah lebih baik daripada merawat.

Selain fizikal, kesihatan emosi dan mental juga perlu diambil kira khususnya golongan lelaki.

Sedikit fakta yang dipetik daripada Hello Doktor, jangka hayat lelaki lebih pendek berbanding wanita iaitu sekitar empat hingga enam tahun hampir di setiap negara di seluruh dunia.

Pelbagai punca boleh dikaitkan dengan situasi tersebut. Paling utama ialah amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman keras dan obesiti.

Berbeza dengan wanita, golongan lelaki lebih kerap mengelak daripada berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Namun, tahap kesihatan batin bagi lelaki berbeza mengikut peringkat umur.

majoriti2023 (7)

Gangguan kesihatan disfungsi erektil (mati pucuk) dan ejakulasi pramatang (panjut awal) antara yang kerap dialami oleh golongan lelaki. Gambar hiasan

Pada masa sama, sikap ambil mudah menjadi masalah utama mengapa lelaki tidak mendapatkan rawatan segera. Selain melibatkan kesihatan fizikal, kesihatan batin juga perlu ambil tahu.

Di Malaysia, tahap kesihatan seksual lelaki ialah disfungsi erektil (mati pucuk) dan ejakulasi pramatang (pancut awal).

Berdasarkan kajian jumlah pesakit yang menghadapi disfungsi erektil dianggarkan sekitar 15 hingga 54 peratus bagi lelaki berusia 40 tahun ke atas.

Sementara itu, penyakit ejakulasi pramatang pula berlaku sebanyak 22 hingga 38 peratus terhadap lelaki daripada pelbagai kumpulan umur.

Beberapa lagi tahap kesihatan lain yang perlu ambil tahu ialah peyronie (zakar bengkok), masalah hormon dan lain-lain.

confident handsome man puts hands on waist looking down isolated on orange background with copy space

Amalkan gaya hidup dan pemakanan sihat bagi mengelakkan daripada mengalami masalah kesihatan.

Antara simptom yang sering dialami lelaki jika mengalami masalah seksual

  • Tidak mempunyai keinginan seksual atau kurang berminat untuk melakukan seks.
  • Sukar mengekalkan ereksi.
  • Ada ketulan pada kawasan kemaluan.
  • Zakar membengkok secara keterlaluan.
  • Sakit ketika membuang air kecil.
  • Tidak boleh mencapai orgasma walaupun dengan stimulasi seksual.

Cara untuk kekalkan kesihatan batin

  1. Guna kondom semasa melakukan hubungan seks atau kekal dengan seorang pasangan yang bebas daripada penyakit kelamin.
  2. Ambil vaksin untuk mengelakkan jangkitan human papillomavirus (HPV).
  3. Kerap bersenam dan jalani kehidupan aktif untuk elak masalah disfungsi erektil.
  4. Makan makanan yang sihat untuk mengelakkan masalah seperti kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit lain yang boleh meningkatkan risiko disfungsi erektil.
  5. Jaga kebersihan diri. Ambil berat mengenai kebersihan kelamin lebih-lebih lagi lelaki yang tidak berkhatan.
  6. Berhenti merokok dan kurangkan pengambilan alkohol. Kedua-dua amalan ini hanya akan meninggalkan kesan buruk terhadap kesihatan lelaki.

couple-lying-cozy-bed-with-their-legs-up-wall

Dapatkan rawatan daripada doktor agar tidak menjejaskan hubungan rumah tangga.

Lelaki yang mempunyai masalah kesihatan batin perlu berjumpa doktor dengan kadar yang segera. Ini bukan sahaja akan menyebabkan masalah dari segi fizikal, ia juga boleh melumpuhkan mental orang lelaki yang mengalaminya.

Letak rasa malu jauh-jauh apabila anda bercakap dengan doktor mengenai masalah kelamin atau mengenai kesuburan.

Doktor akan bantu untuk atasi masalah ini, asalkan anda sudi untuk memberikan kerjasama penuh kepada doktor.

Walaupun bukan semua masalah berkaitan kesihatan seksual lelaki boleh dipulihkan, pemeriksaan berkala dapat membantu anda mengesan sebarang perubahan abnormal yang berlaku. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram