Bukan 'hantu' bersalah selama ini bila tidur kena tindih, 4 punca sleep paralysis 


  • Sihat
  • Khamis, 26 Jan 2023

Kewujudan makhluk ghaib sering dikaitkan dengan gangguan sleep paralysis atau lumpuh sementara ketika tidur.

KEJADIAN tubuh sukar bergerak dan dada tiba-tiba berasa sesak nafas ketika tertidur antara simptom yang dialami oleh penghidap sleep paralysis atau lumpuh tidur.

Situasi itu juga sering dikaitkan dengan kepercayaan ditindih oleh makhluk halus ketika tidur.

Bagaimanapun jangan terlalu mudah membuat andaian. Berdasarkan fakta sains daripada kajian The American Sleep Disorder Association (1990), sleep paralysis adalah keadaan transisi yang berlaku ke atas seseorang yang mengalami lumpuh sementara.

Tidak mengira sama ada bergerak atau bercakap ketika tertidur (hypnagogic) atau saat bangun daripada tidur (hypnopompic). Keadaan itu turut menyebabkan individu tidak berkemampuan orang tersebut untuk menggerakkan otot saat tidur.

Dalam kata lain, sleep paralysis berlaku disebabkan mekanisme otak dan tubuh tidak bergerak selari ketika sedang tertidur.

th1_2020090901372734308

Ditindih makhluk halus antara perkara yang sering dikaitkan dengan masalah gangguan sleep paralysis. — Gambar hiasan

Otak masih belum bersedia untuk mengirimkan signal bangun sehingga menyebabkan keadaan separuh sedar berlaku, dan waktu itulah kelumpuhan sementara berlaku.

Ketahui punca

Terdapat beberapa perkara yang dikaitkan menjadi penyebab kepada perkara itu. Antaranya;

1. Kurang tidur

Sering berjaga sehingga lewat malam termasuk jadual waktu tidur yang berubah-ubah mampu memicu terjadinya sleep paralysis.

2. Gangguan emosi

Individu yang berasa tertekan atau stres dipercayai akan kerap mengalami perkara ini.

Menurut Halodoc.com, terdapat beberapa penelitian lain yang menemukan bahawa kejadian sleep paralysis banyak terjadi kepada mereka yang mengalami gangguan mental seperti schizophrenia.

A beautiful young brunette woman sleeping in white bed, healthy sleep concept, top view.

Dapatkan waktu tidur yang cukup termasuk waktu tidur yang teratur bagi mengelakkan sleep paralysis.

3. Posisi tidur

Beberapa jurnal kesihatan menyebutkan bahawa keadaan tidur turut dikaitkan berlakunya sleep paralysis.

Posisi tidur seperti telentang dikatakan kerap menyebabkan seseorang mengalami masalah ini. Bagaimanapun punca saintifik.

4. Masalah tidur

Gangguan tidur seperti narkolepsi (masalah tertidur di mana sahaja) dan kaki yang tiba-tiba kekejangan berpotensi mengalami sleep paralysis.

Cara mengatasi

Handsome man sleeping on couch

Posisi tidur telentang antara yang dikaitkan dapat memicu gangguan sleep paralysis.

Perkara utama yang perlu dilakukan ialah jangan panik. Berdasarkan kajian dalam jurnal Clinical Psychological Science, perasaan panik ketika sleep paralysis akan membuatkan seseorang lebih tertekan.

Cuba tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan dengan sekuat mungkin sebanyak beberapa kali.

Kemudian, cuba menggerakkan anggota badan mulai dari hujung jari tangan atau kaki. Cara ini berpotensi membantu mangs untuk terlepas daripada kelumpuhan tidur.

Dapatkan waktu tidur yang cukup selain mengamalakan gaya hidup sihat seperti berolahraga secara teratur.

Berhenti merokok dan minum alkohol dan cubalah untuk melakukan latihan pernafasan sebelum tidur.

Sekiranya gangguan sleep paralysis masih berlaku, cuba dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram