Pura-pura gembira sedangkan hati berduka, hati-hati 5 petanda penat mental 


  • Sihat
  • Khamis, 02 Feb 2023

Menyendiri dan emosi cepat berubah antara tanda-tanda seseorang sedang mengalami penat mental.

PENULARAN virus Covid-19, bebanan kerja, peningkatan kos sara hidup dan pelbagai masalah wujud dalam lingkungan membuatkan seseorang mudah terdedah kepada burn out atau penat mental.

Tidak dinafikan terdapat pelbagai kaedah boleh dilakukan bagi mengatasi masalah itu antaranya melakukan aktiviti riadah, bersukan mahupun perkara yang dirasakan gembira.

Namun, segala itu masih belum cukup untuk merawat kedukaan mahupun rasa lelah minda menangani masalah.

Paling utama jangan terlalu fokus terhadap masalah yang dihadapi kerana bimbang akan mendatangkan kemudaratan atau menyebabkan gangguan jiwa berlaku.

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan individu itu sedang bergelut dengan kesihatan mental. Ia boleh dilihat menerusi;

Stressful workaholic keeps head down on desk, feels tired and overworked, has much work, prepares for upcoming exam, writes information in diary, studies documentation, isolated on white wall

Bebanan kerja yang dihadapi antara punca menyebabkan berlakunya penat mental.

Tetap penat walaupun seharian berehat

Biarpun sudah mendapat waktu tidur yang cukup sekitar lapan jam, namun masih berasa penat, mengantuk dan sukar untuk bangun daripada tidur merupakan tanda individu terbabit sedang mengalami penat mental.

Ini kerana, meskipun fizikal sudah mendapatkan waktu rehat yang cukup, tetapi mental tetap bekerja kerana tertekan dengan masalah yang dihadapi.

Banyak termenung

Termenung antara salah satu cara buat seseorang membebaskan diri daripada masalah yang dihadapi. Sentiasa memikirkan masalah yang tiada berkesudahan sehingga menyebabkan timbul perasaan takut untuk berhadapan dengan masa depan.

shadow-trapped-male

Individu yang gagal mengawal emosi berkemungkinan menyebabkan mereka bertindak di luar kawalan.

Emosi cepat berubah

Perasaan kecewa, penat dan tidak puas hati membuatkan individu mudah untuk mengalami emosi naik turun. Menjadi lebih sensitif, tersinggung bahkan mudah marah hanya kerana hal kecil.

Berusaha mempamerkan rasa bahagia

Orang yang sedang kecewa akan menunjukkan diri mereka sentiasa berada dalam keadaan baik di hadapan orang lain.

Perbuatan ini lebih membebankan dan memberikan refleksi negatif terhadap kesihatan diri tidak mengira sama ada mental atau fizikal.

Menyendiri

Individu yang mengalami tekanan dan kemurungan lebih cenderung untuk menyendiri dan kurang berinteraksi dengan orang lain.

Mereka juga tidak mahu berkomunikasi dengan orang lain dan tidak mempunyai tarikan untuk bergaul atau melakukan aktiviti riadah terutama dengan individu yang baru dikenali.

Sekiranya berhadapan atau mengalami sebarang tanda-tanda berikut, cuba dapatkan bantuan daripada pakar kesihatan atau luangkan cerita dengan teman atau individu terdekat agar dapat menjadi tempat luahan perasaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram