Bekas kerani, guru kongsi detik indah jadi ejen Hai-O


Beribu ejen serta ahli SHOM menerima anugerah selepas menabur bakti di bawah syarikat pemasaran itu pada Jumaat.

SEJAK ditubuhkan pada 1992, syarikat pemasaran, Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM) Sdn Bhd berjaya menarik ribuan pelanggan dan ejen yang berminat untuk mendirikan syarikat tanpa mengeluarkan modal tinggi.

Di samping menjadi platform sebagai syarikat pelbagai peringkat (MLM), SHOM turut menjadi platform kepada jenama tempatan dan luar negara dalam melariskan jualan mereka.

Namun, hasrat untuk terus bertapak dalam kalangan masyarkat hari ini pastinya sukar sekiranya tiada sumbangan daripada ejen yang boleh dianggap sebagai tulang belakang syarikat.

Ketabahan mereka dalam menempuh cabaran dan dugaan sememangnya perlu dipuji apabila kesungguhan tersebut dilihat berjaya membantu syarikat berpangkalan di Klang, Selangor itu untuk terus membangun saban hari.

Bagaimanapun, bagi ejen SHOM pula, mereka pastinya tidak henti-henti menghulurkan ucapan terima kasih kepada jenama itu yang memberi peluang untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Perkara itu dipersetujui dua figura penting syarikat tersebut selepas bertahun-tahun bekerjasama bersama SHOM dalam menaikkan taraf dan kualiti hidup masing-masing.

Bagi Nurhafzan Mohamed, dia mengakui nasibnya serba sedikit berubah apabila terdetik untuk menjadi ejen kepada syarikat MLM tersebut walaupun pada mulanya tidak berminat untuk bergelar usahawan.

"Saya mula sertai sebenarnya sebab saya mahu menggunakan satu produk kecantikan kerana pada awalnya saya nampak perubahan terhadap kakak saya.

"Dia memang mempunyai masalah kesihatan dan berbadan besar sejak kecil, tetapi sebenarnya saya tidak mahu sertai bidang keusahawanan," katanya kepada Majoriti.

Ketekunan wanita tersebut bagaimanapun membuahkan hasil apabila dia berjaya menaikkan statusnya dalam syarikat tersebut sehingga meraih tahap Crown Diamond Manager (CDM) pada 2014.

file7nl6gpli6rpzcuye14g

Nurhafzan pernah bergelar sebagai kerani bank sebelum berkecimpung dalam bidang keusahawanan.

Selain itu, Norhafzan turut berkata, dia yang pada awalnya berkhidmat sebagai seorang kerani bank berjaya menikmati pelbagai kelebihan sejak berganding bahu bersama SHOM.

"Saya mempunyai tahap pendidikan sehingga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sahaja dan saya bekerja sebagai kerani di salah sebuah bank.

"Tetapi, walaupun saya bekerja di bank dan bertanggungjawab di bahagian jualan, ia bukanlah mudah sekiranya saya berhasrat untuk pergi ke tahap lebih tinggi," katanya.

Jelas anak jati Kuala Lumpur itu, penglibatannya dalam bidang keusahawanan membuktikan keazaman dan kesungguhan adalah lebih penting berbanding latar belakang seseorang.

Hal itu menjadikannya lebih berminat untuk menarik lebih ramai orang dengan harapan kejayaan yang dikecapinya dalam SHOM mampu dijadikan garis panduan.

"Saya meraih gelaran CDM buat tujuh tahun berturut-turut dan saya berkesempatan untuk meraih pendapatan lumayan dengan SHOM selain berjaya melahirkan 41 individu yang sama taraf dengan saya," katanya.

Selain itu, penglibatan bersama SHOM juga berjaya menambah baik kualiti hidup seorang bekas guru, Safiah Yosop yang memperolehi keahlian hampir 20 tahun lalu.

"Sebelum saya jadi cikgu, iaitu di universiti, saya sudah melakukan pelbagai bentuk perniagaan dan sehinggalah satu masa, saya mencuba satu produk yang diperkenalkan rakan tetapi sedikit mahal dengan harganya mencecah RM2,000.

"Jadi, saya mengambil keputusan untuk bercakap dengan suami bahawa saya mahu menubuhkan satu bentuk keusahawanan dan saya berasakan perubahan terhadap diri.

Tambahnya, keterujaan tersebut mendorongnya untuk memperkenalkan produk tersebut kepada kenalan sehingga berjaya membuka matanya akan prestasi SHOM dalam pasaran semasa.

file7nl6gwybtnm13aonk14g

Pelbagai kejayaan diraih Safiah selepas hampir 20 tahun menjadi ejen SHOM.

Perkara itu adalah kerana Safiah berjaya meraih pendapatan lumayan dengan menarik lebih ramai ejen serta memasarkan produk yang dilariskan syarikat tersebut.

"Saya tidak perlu menunggu lama kerana saya hanya perlu mengambil masa kira-kira setahun empat bulan untuk merekodkan jumlah jualan mencecah RM2 juta," katanya.

Di samping itu, wanita berusia 53 tahun itu turut meletakkan bahawa pencapaian paling bermakna selepas satu tempoh yang lama bersama SHOM adalah apabila berjaya melahirkan ejen-ejen cemerlang dan berkualiti.

"Pencapaian itu pada saya sudah terlalu banyaklah, tetapi apa yang paling saya suka adalah dengan kejayaan untuk melahirkan lebih ramai ejen SHOM.

"Di sini, awak ada modal ataupun tidak, tapi jika ada kemahuan, memang seseorang itu boleh pergi jauh kerana mereka tidak perlu runsing kerana produk sudah tersedia," katanya.

Dalam satu majlis di Setia City Convention Center, Selangor pada Jumaat, ribuan ejen dan ahli SHOM diraikan selepas syarikat tersebut berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan selepas 30 tahun.

Majlis tersebut turut dihadiri beberapa Ahli Lembaga Pengarah, termasuk Pengurus Besar SHOM Sdn Bhd, Tham Yoke Lon serta Pengarah Urusan Beshom Holdings Berhad, Tan Keng Kang.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk penyerahan anugerah kepada ejen yang berjaya mencapai sasaran jualan serta cabutan bertuah dengan menawarkan pelbagai hadiah lumayan seperti Proton X70. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram