BERITA baik buat pelanggan setia Yoodo, bersempena perayaan akhir tahun ini para pengguna berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik menerusi kempen ‘Wheel-Yoo-Win’!
Idea untuk menggunakan Kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ terhasil sebagai tanda penghargaan daripada pihak Yoodo kepada pelanggan setia yang sentiasa menyokong tanpa henti.
Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata, “Wheel-Yoo-Win adalah tanda penghargaan kepada pengguna Yoodo, yang sentiasa menyokong pihaknya selama ini.
"Dengan pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM2 juta untuk dimenangi, kami berharap untuk menyebarkan kegembiraan dan membantu pengguna kami mengakhiri tahun ini dengan ganjaran yang hebat," jelasnya.
Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang menawarkan pelan boleh diubah suai sepenuhnya dan 100 peratus digital yang semakin dikenali di kawasan Lembah Klang terutamanya kerana aktiviti dan kelebihan menarik kepada pengguna.
Yoodo juga mempunyai liputan rangkaian 4G terluas di Malaysia dan mempunyai boosters untuk Data, panggilan telefon ataupun SMS.
Kempen yang dianjurkan dengan kerjasama SEA Gamer Mall (SEAGM) ini akan berlangsung sehingga 21 Disember 2022 dan setiap pengguna layak untuk memutar roda hadiah bernilai daripada RM5 hingga RM200.
Banyak hadiah menarik bernilai lebih daripada RM2 juta untuk dimenangi tapi orang ramai pasti menginginkan iPhone 14 Plus? Siapa yang tidak bersinar mata kalau laluan untuk menang itu mudah sahaja.
Untuk sertai ‘Wheel-Yoo-Win’, setiap pelanggan perlu berbelanja minimum sebanyak RM32 sama ada memperbaharui atau mengubah suai pelan Yoodo.
Kemudian individu itu akan menerima satu kod unik untuk putar ‘Wheel-Yoo-Win’ bernilai RM5 hingga RM200.
Jangan risau untuk sertai peraduan itu kerana sesiapa sahaja yang putar tak akan balik dengan tangan kosong.
Selepas memenangi hadiah, terus kongsikan di media sosial seperti Facebook dan Twitter kerana pelanggan layak pula untuk sertai cabutan bertuah bulanan yang akan diadakan pada 31 Oktober, 23 November dan 22 Disember nanti.
Ingat tarikh-tarikh penting ini kalau tidak mahu terlepas peluang untuk hadiah menarik seperti iPhone Plus (bernilai RM5,000), peranti Samsung (bernilai RM800) dan juga kelengkapan permainan video (bernilai RM600).
Dua kategori hadiah yang ditawarkan adalah:
1. Hadiah ‘Daily Spin’
- Data Berkelajuan Tinggi 3GB Yoodo (Booster) (Pengaktifan talian Yoodo)
- Data Berkelajuan Tinggi 7GB Yoodo (High Speed Activation Data) (Pengkatifan talian Yoodo)
- e-Baucar Cashback SEAGM
- Barangan In-Game PUBG Mobile Yoodo Jerseys, costumes and items
- Langganan 1-Tahun Percuma Majoriti + 2H1M Staycation
- e-Baucar Grab
- e-Gift card Starbucks
- e-Baucar Lazada
- e-Baucar Petronas
- e-Baucar Shopee IT Mall
- Tiket TGV Cinema
- MLBB Diamonds
- Kod UC PUBG Mobile
- Kredit Razer Gold
2. Hadiah Cabutan Bertuah Bulanan
- 1x iPhone 14/iPhone 14 Plus
- 2x Gajet Samsung
- 3x Gaming Gears
Banyakkan hadiah yang ditawarkan untuk kempen Wheel-Yoo-Win ini? Kepada 150 pelanggan pertama SEAGM yang membuat transaksi di dalam laman sesawang SEAGM, boleh melayakkan diri untuk menerima satu kod unik untuk putar Wheel-Yoo-Win juga.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila kunjungi https://www.yoodo.com.my/wheelyoowin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram