PORTAL berita Majoriti terus menjalinkan kerjasama baharu dan kali ini satu memorandum persefahaman (MoU) bersama Setel dimeterai bagi membawakan tawaran eksklusif dan berita-berita terkini kepada para pelanggannya.
Pengguna Setel berpeluang melanggan portal berita Bahasa Malaysia, Majoriti, pada kadar eksklusif RM10 setahun, dengan baucar bernilai RM200 untuk dimenangi bagi 3,000 pelanggan pertama, tidak lama lagi.
Pemegang kad Mesra turut berpeluang mengumpul mata bagi setiap transaksi langganan Majoriti yang dilakukan menerusi Setel Pay.
“Bagi kami di Majoriti, kami percaya dalam mewujudkan komuniti yang terlibat melalui penyediaan berita yang boleh dipercayai dan tidak berat sebelah. Dengan menyantuni mereka, kami memahami keperluan dan kehendak pembaca kami.
"Majoriti juga teruja untuk bekerjasama dengan rakan kongsi yang berfikiran sama, Setel, yang mana mereka mengutamakan keperluan pelanggan terlebih dulu dengan menyediakan pengalaman lancar tanpa masalah,” kata Ketua Produk Majoriti, Chung Eng Lee.
Majoriti dan Setel mengutamakan keperluan pelanggan terlebih dulu dengan menyediakan pengalaman lancar tanpa masalah. — YAP CHEE HONG/The Star
Beliau menambah bahawa kedua-dua pihak Majoriti dan pengguna Setel akan diberikan lebih banyak lagi pengalaman berharga kerana mereka dapat membaca berita di mana saja mereka berada.
Majlis yang berlangsung pada Selasa di Menara Star, Petaling Jaya itu menyaksikan MoU ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Alex Yeow dan Ketua Pegawai Eksekutif Setel Ventures, Mazlin Erawati Ab Manan.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Setel Express, Mohd Faizal Sulaiman.
Sementara itu, bercakap mengenai kerjasama tersebut, Eng Lee berkata, Majoriti dan pengguna Setel berpeluang merasai pengalaman yang lebih berharga memandangkan mereka dapat membaca berita di mana jua mereka berada.
Setel ialah platform aplikasi mudah alih pertama Malaysia yang menyediakan pengguna PETRONAS di seluruh negara dengan sebuah pengalaman peruncitan yang lancar dan mengikut kesesuaian pelanggan.
Mazlin Erawati pula berkata, pihaknya mahu meneruskan usaha untuk bekerjasama dengan pelbagai platform online supaya kesalinghubungan dengan asas digital yang lebih luas dapat dikembangkan.
Kerjasama strategik antara Majoriti dan Setel dimeterai dengan menawarkan kandungan menarik dan faedah eksklusif buat pengguna. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star
Katanya, pengalaman penggunaan digital yang dirasai oleh pengguna Setel kini disepadukan dengan rakan kongsi kami.
"Kami faham bahawa para pengguna mahukan kemudahan dan memperoleh berita terkini di mana jua menjadi keperluan yang semakin mendapat permintaan.
"Kerjasama dengan Majoriti akan membolehkan pengguna mengakses berita terkini daripada sebuah platform bersepadu.
"Pelanggan Majoriti juga kini boleh menggunakan ciri Setel’s One-Click Checkout yang baru dilancarkan di Kedai PETRONAS.
"Menerusi ciri baharu itu, pelanggan boleh membeli barangan atau produk PETRONAS original, yang boleh didapati dalam aplikasi Setel atau di https://www.setel.com/PETRONAS-Shop," katanya.
Menggunakan tagline Refleksi Tanpa Prejudis, manifesto Majoriti berkisarkan tentang penyediaan berita dan pandangan tidak berat sebelah kepada orang ramai.
Majoriti kini mengorak langkah untuk meluaskan kerjasama dengan rakan kongsinya bagi menyediakan pelbagai tawaran menarik antara satu sama lain.
Selain Setel, kerjasama turut terjalin dengan Grab Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), AEON Co (M) Bhd, Malaysia Airlines Bhd, Secret Recipe Cakes and Café Sdn Bhd, Yoodo, Petronas Dagangan Berhad, Samsonite (M) Sdn Bhd, hotel-hotel di bawah IOI Properties Group Berhad dan lain-lain yang akan diumumkan kelak.
Orang ramai boleh melayari majoriti.com.my untuk melanggan atau mengetahui lebih lanjut mengenai Majoriti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram