
DI SEBALIK kesungguhan seseorang membanting tenaga mencari rezeki, tentunya terpancar wajah-wajah insan tersayang yang sentiasa tersemat di fikiran.
Biarpun cabaran datang bersilih ganti, keinginan untuk memastikan setiap keperluan keluarga dapat dipenuhi menjadi pembakar semangat yang tidak pernah padam.
Namun, segala-galanya tidak akan menjadi kenyataan tanpa usaha kerana dalam kehidupan ini tiada yang mustahil jika seseorang itu mencari jalan terbaik untuk kebaikan diri, keluarga, juga negara.
Bertitik tolak daripada itu, penghormatan seharusnya diberikan kepada golongan pemandu dan penghantar menerusi khidmat Grab Malaysia misalnya yang tanpa memikirkan kepentingan diri sewaktu pandemik Covid-19 telah menjadi wira membantu memudahkan urusan harian rakyat negara ini.
Begitu istimewanya rakan Grab ini dapat disaksikan menerusi video bertemakan 'percayalah' berdurasi 2 minit 32 saat yang memaparkan kesungguhan rakan penghantar serta rakan pemandu dalam menempuhi cabaran harian demi kelangsungan hidup.
Ternyata peluang sama rata yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia untuk mencari rezeki tanpa mengira latar belakang dan keadaan fizikal telah memanfaatkan ramai.
Saksikan video pendek Percayalah: Hari Kebangsaan & Hari Malaysia yang menyentuh perasaan dengan garapan ikhlas menghargai perjuangan rakan penghantar dan pemandu sekalian.
Sebelum ini, kecekalan rakan penghantar Grab, Masnizah Marzukir atau lebih mesra disapa Kak Mas mendapat perhatian ramai kerana jiwa kentalnya yang mampu menyara tujuh anaknya sendirian setelah berstatus ibu tunggal.
Wanita berusia 46 tahun yang tinggal di Sungai Buloh, Selangor itu berkata, pekerjaan dengan pendapatan bulanan tidak sesuai dengan keadaannya yang serba kekurangan.
Oleh itu, tindakan Grab Malaysia menawarkan kelebihan perkhidmatan pengeluaran tunai harian berdasarkan tempahan menjadi penyelamat kepada situasi yang dihadapi Kak Mas.
"Sewaktu bekerja dengan pendapatan bulanan, kehidupan Kak Mas sekeluarga susah kerana kami terpaksa berhutang sementara tunggu hujung bulan.
Senyuman yang terukir di wajah anak-anak menjadi pendorong Kak Mas untuk mengharungi liku-liku hidup.
"Bila Kak Mas dengar tentang perkhidmatan penghantaran makanan Grab yang boleh cash out hari-hari, Kak Mas terus mohon dan ternyata Grab memudahkan kehidupan seharian terutama dari aspek kewangan. Hari ini buat kerja, esok dah boleh dapat keluarkan pendapatan," dedahnya.
Prosedur yang ditetapkan syarikat juga membuatkan dia lebih bersemangat untuk mencapai sasaran harian dan tentu sekali menganggap ia memberi harapan untuk memperbaiki kehidupan bersama anak-anaknya.
Pengalaman yang dilalui Kak Mas tentunya sesuatu yang wajar dijadikan teladan dan sesungguhnya ia adalah kisah penuh harapan yang dibina berkat usaha wanita itu bersama Grab Malaysia.
Seperti Kak Mas, Grab Malaysia akan terus komited dalam memperkasakan para rakan pemandu dan penghantar Grab supaya mereka mampu untuk terus mengembangkan potensi mereka bersama platform ini.
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang penuh bermakna ini, Grab mengetengahkan rakan penghantar sebagai teras super app, yang menjadi teladan serta inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram