'Superhero' Malaya, kenali 5 artis pernah cetus fenomena sarung kostum adiwira


  • Hiburan
  • Selasa, 08 Nov 2022

Beberapa artis lelaki tempatan yang pernah membintangi watak adiwira satu ketika dahulu.

WATAK adiwira sememangnya diminati ramai masyarakat tanpa mengira had umur sama ada kanak-kanak ataupun dewasa.

Meskipun ia hanyalah rekaan semata-mata, sesetengah orang amat meminati watak tersebut yang dilihat mampu memberikan impak besar di layar perak.

Namun, jangan dilupakan bahawa Malaysia juga mempunyai beberapa watak adiwira lakonan pelakon tempatan yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu.

Berikut Majoriti senaraikan lima artis tempatan yang pernah bergelar 'superhero' Malaysia.

A filepic of Saiful Apek. Photo AFIQUE YUSOFF/The Star.

Saiful Apek

Saiful Apek, 53, ataupun nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff mencetuskan fenomena peminat filem tempatan apabila membawakan watak sebagai Cicak Man pada 2006 dan 2008.

Melakonkan watak sebagai Hairi dalam filem tersebut di mana pemuda itu dijangkiti sejenis virus yang menyebabkan dia mempunyai kebolehan seperti seekor cicak.

Untuk rekod, filem Cicak-Man berjaya mengutip sebanyak RM350,000 dengan kehadiran penonton seramai 47,116 pada hari pertama tayangan.

kosmo

Tomok

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa penyanyi dan pelakon terkenal, Shah Indrawan Ismail, 38, ataupun lebih mesra disapa Tomok pernah melakonkan watak sebagai adiwira dalam filem Mantera pada 2012.

Mengisahkan seorang anak muda yang mempunyai kuasa luar biasa, Mantera bermaksud Manusia Jentera ataupun 'Man Transformable Exo-Robotic Armor.

Tomok yang merupakan juara One In A Million musim ketiga menyahut cabaran itu apabila menjadi tunjang utama dalam filem tersebut.

kamal

Kamal Adli

Terkenal dengan imej 'Hero Malaya; di layar perak, pelakon kacak Kamal Adli, 36, pernah melakonkan watak sebagai adiwira robotik di awal pembabitannya pada 2009.

Drama Bio-Nik terbitan KRU Studios mengisahkan seorang remaja bernama Nik lakonan Kamal Adli yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya.

Susulan kemalangan itu, Nik kemudiannya dibangkitkan semula dengan kelengkapan ciri robotik canggih yang menjadikannya penyelamat dunia.

zul

Zul Yahya

Zulkifli Zul Yahya, 49, pernah menjadi sebutan masyarakat suatu ketika dahulu menerusi drama bersiri Pepaya pada 2008.

Zul Yahya melakonkan watak sebagai seorang lelaki lurus bendul yang bertukar gagah perkasa sebaik memakan buah betik.

Menariknya, Zul Yahya sendiri yang memberikan ilham dalam drama ini apabila memilih buah betik sebagai pilihan buah-buahan dalam drama tersebut.

iedil

Iedil Putra

Malaysia juga pernah menerbitkan sebuah filem berbentuk adiwira yang diadaptasikan daripada siri Jepun iaitu Ryujin Juwara.

Watak utama drama itu dilakonkan oleh Tengku Iedilzuhrie Putra Tengku Alaudin, 38, ataupun lebih dikenali sebagai Iedil Putra pada 2014.

Ryujin Juwara mengisahkan tentang Andil lakonan Iedil Putra, seorang pemuda kampung yang bertukar menjadi Ryujin Juwara, seorang adiwira yang ditugaskan untuk melindungi kampungnya.

Drama bersiri 26 episod itu menjalani penggambaran di empat negara termasuk Jepun, Korea Selatan, Singapura, dan Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram