KECANTIKAN seseorang bukan terletak sepenuhnya pada rupa paras ataupun fizikal semata-mata sebaliknya, budi pekerti dan keperibadian yang sopan juga menjadi keutamaan.
Pada masa sama, perubahan wajah beberapa artis tempatan berbanding ketika mula-mula menceburkan diri dalam cabang karier seni masing-masing juga menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.
Ada yang menyifatkannya comel seperti anak patung, tidak kurang juga ada yang membuat spekulasi sendiri mengenai perubahan wajah artis-artis tersebut.
Berikut Majoriti senaraikan antara lima artis tanah air yang dimaksudkan:
Zarina Anjoulie — Agensi
Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 34, ataupun lebih dikenali sebagai Zarina Anjoulie merupakan satu nama yang tidak asing dalam dunia hiburan tanah air.
Sering terpalit degan isu kontroversi, Zarina Anjoulie pernah membuat pengakuan secara terbuka di laman media apabila mengaku menjalani rawatan pembedahan di muka.
Selain itu, Zarina turut melakukan pembedahan pada bibirnya untuk kelihatan lebih menarik dan ia nyata mengundang pebagai kecaman netizen dan peminatnya.
Hael Husaini — Agensi
Penyanyi, komposer, penulis lagu dan penulis lirik terkenal, Hael Husaini Razmi, 32, ataupun Hael Husaini didakwa melakukan pembedahan muka selepas penampilan terbaharunya kelihatan saling tidak tumpah seperti artis 'K pop'.
Sentiasa tampil dengan gaya kemas dan maskulin, Hael Husaini dikatakan pernah menjalankan pembedahan kosmetik di muka untuk kelihatan segak.
Mengulas dakwaan itu, Hael menafikan perkara tersebut dan menjelaskan perubahan pada wajahnya bukanlah disebabkan pembedahan kosmetik seperti yang digembar-gemburkan.
Namun, penampilannya baru-baru ini ketika membuat persembahan di Konsert Ulangtahun Cuckoo menguatkan lagi stigma tersebut apabila Hael kelihatan sangat berbeza.
Nazim Othman — Agensi
Nazim Othman, 38, atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman pernah memuat naik perkongsian di laman Instagram ketika mejalani rawatan suntikan kulit.
Perbuatan itu difahamkan berpunca selepas Nazim terkena sinaran matahari teruk yang sekali gus membuatkan kulitnya 'sunburn'.
Menerima banyak suntikan jarum di muka, perkongsian itu mengundang kecaman ramai yang rata-ratanya bimbang melihat situasi tersebut.
Nasha Aziz — Agensi
Pelakon dan model terkemuka negara, Noraishah Abdul Aziz, 51, ataupun Nasha Aziz pernah dilabel 'peragawati no.1 tanah air' kerana banyak memperagakan busana daripada pelbagai pereka dari dalam dan luar negara.
Memiliki wajah cantik dan ketinggian yang sesuai untuk kriteria seorang model, Nasha Aziz sentiasa mencuri tumpuan pengunjung di pentas peragaan mahupun dalam dunia lakonan.
Namun, rupa paras serta hidungnya yang kelihatan pelik menimbulkan persoalan ramai pihak dan mendakwa pelakon terbabit pernah melakukan pembedahan plastik.
Perbezaan ketara boleh dilihat ketika di awal pembabitannya dalam industri sekitar 1989 dan rupa parasnya terkini yang nyata sangat berbeza terutamanya di bahagian hidung.
Lana Nordin — Agensi
Mazlina Hasan Nordin, 42, atau lebih dikenali sebagai Lana Nordin mencetuskan kekecohan dalam dunia hiburan tanah air apabila memberitahu bahawa dia baru saja selesai menjalani pembedahan plastik hidung.
Pembedahan tersebut baru sahaja dilakukan ketika Lana berkunjung ke Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.
Menerusi status di Instagram, Lana meluahkan kegembiraannya selepas tidak mengalami sebarang kecederaan ataupun kesan bengkak akibat pembedahan tersebut.
Terdahulu, Lana difahamkan terpaksa menjalani pembedahan ‘rhinoplasty’ untuk merawat hidungnya yang senget akibat kemalangan sewaktu di bangku sekolah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram