Pelanduk dua serupa ke? 5 selebriti negara terpalit kontroversi video lucah


  • Hiburan
  • Sabtu, 15 Okt 2022

KHABAR angin ada mengatakan bahawa dalam dunia ini terdapat tujuh rupa manusia sama yang dipisahkan di setiap negara.

Mitos itu boleh dikaitkan dengan beberapa rupa artis tanah air yang dikatakan mirip dan lebih mengundang perhatian, kesemua mereka pernah terpalit dengan isu kontroversi lucah.

Benar ataupun tidak, berikut Majoriti senaraikan lima individu mirip selebriti tanah air yang pernah dikaitkan dengan video lucah.

photo_2022-10-14_22-33-17

Hun Haqeem

Haqeem Hermy, 24 ataupun lebih dikenali sebagai Hun Haqeem pernah terpalit dengan isu kontroversi apabila sebuah video lucah menyerupainya tersebar di laman media beberapa bulan lalu.

Artis meningkat naik di bawah pengurusan Metrowealth International Group (MIG) itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan video hangat yang tular di laman media terbabit.

Pengarah syarikat (MIG), Datuk David Teo memandang serius mengenai isu tersebut kerana ia dikatakan bakal menjejaskan kerjaya artis di bawah naungannya itu.

David dilaporkan telah berunding dengan pihak peguam dan semua bukti telah dikenalpasti dan direkodkan untuk tindakan lanjut.

photo_2022-10-14_22-33-05

Syafiq Kyle

Pelakon dan watak utama drama Nur, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30, ataupun Syafiq Kyle juga tidak terlepas daripada dikaitkan dengan isu video lucah.

Namanya mula menjadi sebutan ramai apabila video lucah yang dipercayai mirip pelakon itu tular dalam kalangan netizen.

Dalam video berdurasi 38 saat itu, rakaman berkenaan memaparkan seorang lelaki yang sedang membuat panggilan video bersama seorang gadis bernama Mira dan topik perbualan mereka berkisarkan perkara tidak senonoh.

photo_2022-10-14_22-33-12

Zul Ariffin

Nama Zul Ariffin, 35, kembali menjadi bualan hangat peminat apabila sebuah klip video lucah yang memaparkan seorang lelaki, dikatakan mirip pelakon bertubuh sasa itu.

Dalam video berdurasi 45 saat itu, lelaki berkenaan dilihat sedang bersandar di atas katil sambil merokok sebelum mengalihkan pandangan kamera ke alat sulitnya.

Susulan video tular sekitar Disember 2019 itu, Zul didapati telah menyahaktifkan akaun miliknya selepas netizen menyerang akaun media sosialnya untuk mendapatkan penjelasan.

photo_2022-10-14_22-33-26

Dai Syed

Bekas peserta siri realiti bercorak keagamaan Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, lebih dikenali sebagai Dai Syed, pernah dihadapkan ke mahkamah dengan pertuduhan melakukan seks di luar tabii.

Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, ataupun lebih dikenali sebagai Dai Syed didakwa melakukan persetubuhan dengan seorang wanita berusia 22 tahun di sebuah kondominium di Damansara Perdana, di Petaling Jaya.

Bagaimanapun, Dai Syed telah dibebaskan oleh Mahkamah Seksyen mengikut Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kes yang terpalit dengan pendakwah selebriti itu.

photo_2022-10-14_22-33-22

Aiman Tino

Penyanyi 'Budak-budak baru nak up' ataupun artis BBNU, Mohammad Aiman Yusri, 24 yang lebih dikenali sebagai Aiman Tino pernah menggemparkan peminat apabila video lucahnya tersebar di laman media.

Namun, Aiman tampil membalas dakwaan orang ramai dengan mengatakan individu dalam video itu bukan dirinya.

Aiman enggan memanjangkan isu terbabit dan dikatakan bakal membuat tindakan undang-undang jika ada pihak yang cuba membangkitkan isu tersebut sehingga berlarutan lebih panjang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram