Tak lekang dek kontroversi, 5 isu 'hot' terpalit sepanjang karier Noh Salleh


  • Hiburan
  • Selasa, 04 Okt 2022

Noh Salleh merupakan seorang penyanyi berbakat yang tidak asing dalam kalangan peminat muzik tempatan.

ARTIS dan penyanyi Mohammad Noh Salleh, 37, atau lebih dikenali sebagai Noh Salleh merupakan satu nama yang tidak asing dalam industri muzik tanah air khususnya bagi peminat muzik tempatan yang mengikuti perkembangan penyanyi itu.

Memulakan kerjaya sebagai artis kumpulan Hujan, pemuda berasal dari Sarawak itu merupakan seorang penyanyi versatil yang bukan sahaja mampu menghasilkan lagu malah turut berkebolehan dalam penulisan lirik.

Namun di sebalik anugerah bakat dan kebolehan yang dimiliki, Noh juga tidak terlepas daripada terpalit dengan isu kontroversi hangat yang dikaitkan dengan dirinya.

Berikut Majoriti menyenaraikan lima isu yang pernah dihadapi oleh penyanyi itu sepanjang bergelar artis.

Video lucah

1. Video lucah

Peminat muzik di Malaysia pernah dikejutkan dengan berita penyebaran klip video lucah yang dikatakan mirip seperti Noh Salleh.

Menerusi gambar dan video yang tular di laman Twitter itu, Noh dituduh melakukan perbuatan terkutuk apabila dia didakwa bersama seorang gadis di sebuah lokasi tidak diketahui.

Namun tuduhan itu dipercayai sengaja dibuat oleh individu tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan kerjaya penyanyi itu.

Video palsu berkenaan didakwa telah disunting dan disebarkan oleh seseorang hasil daripada hasad dengki ataupun musuh Noh di dalam industri muzik.

noh

Noh terpalit kontroversi melemparkan kata-kata kesat.

2. Kata-kata kesat

Penyanyi vokal kumpulan Hujan itu juga pernah menimbulkan kekecohan ketika membuat persembahan konsert di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur apabila melemparkan kata-kata kesat kepada penonton.

Meskipun menerima kecaman daripada warganet dan portal media, ayat dan perkataan lucah yang dilontarkan Noh ketika itu menjadi bualan serta ikutan warganet.

Sebagai bukti,rata-rata pengguna di TikTok sering menggunakan ayat kotor penyanyi itu sebagai muzik latar di video yang dimuat naik.

rokok

Aksi bersahaja Noh merokok semasa (KLFW) 2022.

3. Hisap rokok

Kemunculan penyanyi Noh Salleh mencuri tumpuan ramai apabila dia tampil di atas pentas peragaan itu dengan gaya ganas dan sensasi ketika memperagakan pakaian dari salah satu jenama pada hari tersebut.

Paling mencuri tumpuan ialah apabila Noh memegang sebatang rokok yang tidak dibakar ketika melakukan 'catwalk' tersebut dan membawa imej ‘bad boy’ yang menerima sorakan ramai ketika itu.

Namun penampilan Noh yang muncul dengan imej seperti itu itu membuatkan segelintir peminatnya berasa kecewa dengan tindakannya itu malah ada yang mengaitkan kejadian itu berpunca daripada penceraiannya bersama bekas isteri, Mizz Nina.

Turut menerima teguran daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung isu terbabit, perkara itu dimuat naik di laman Twitter peribadi Dr Noor Hisham.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat,” tulis DG Hisham di Twitter miliknya.

Sembur asap rokok elektronik

4. Hembus vape

Tular di laman media apabila Noh bertindak menghembus asap vape ke arah seorang wartawan ketika dalam satu sesi temu bual.

Tindakan Noh itu dikatakan agak kurang sopan namun sesetengah pihak mendakwa perbuatannya itu terjadi susulan rasa gemuruh yang dihadapi ketika disoal wartawan berkaitan kontroversi melanda dirinya.

Dalam temu bual itu, Noh juga sempat menyindir dan mempersoalkan kredibiliti media yang suka menyibuk dan mengambil tahu mengenai hal peribadinya berbanding kerjayanya sebagai anak seni.

ludah

Ludah Penonton

5. Meludah

Terbaharu, Noh Salleh sekali lagi menjadi perbualan hangat di laman media apabila melakukan tindakan jijik dengan meludah ke arah penonton.

Kejadian itu terjadi ketika dia sedang membuat persembahan sempena Konsert Hausboom Music 2022, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang baru-baru ini.

Penyanyi berumur 37 tahun itu dilihat meludah dari atas pentas ketika membuat persembahan di depan ratusan penonton.

Noh terlebih dahulu dilihat mencampakkan pemegang mikrofon sebelum meludah ke arah penonton tanpa rasa bersalah.

Susulan kejadian itu, Noh menerima pelbagai kecaman dan tohmahan di laman media berikutan perbuatan biadabnya itu.

Pengurus kumpulan Hujan, Ahmad Ariffin Ahmad tampil menafikan dakwaan kononnya Noh meludah ke arah penonton ketika membuat persembahan itu sebaliknya jjarak antara pentas dan penonton dipisahkan besi penghadang dan tidak mungkin ludah itu terkena penonton yang hadir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram