Gandingan BBNU Malaysia-Indonesia beri nafas baharu 5 lagu lama 'hits'


  • Hiburan
  • Sabtu, 17 Sep 2022

Tangkap layar menunjukkan penyanyi Amir Masdi yang merupakan antara penyanyi baharu yang berjaya memberi nafas baharu kepada lagu nyanyian Ella bertajuk Sepi Sekuntum Mawar Merah.

MUZIK sememangnya bersifat universal dan diminati ramai masyarakat tanpa mengira perbezaan umur, bangsa, mahupun bahasa pertuturan seseorang itu.

Tidak kira sama ada muzik lama ataupun baharu, ia masih boleh dinikmati dan didengari setiap pendengar dari sepanjang zaman.

Buktinya, rata-rata artis muda kini dilihat berlumba-lumba untuk memberikan nafas baharu kepada muzik yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Lambakan artis baharu 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) kini semakin merancakkan industri muzik di Malaysia apabila kebanyakannya mempunyai sebilangan pengikut yang ramai di laman sosial media sekaligus memberi kelebihan dalam muzik nyanyian mereka.

Berikut merupakan antara nyanyian semula dibawakan artis Malaysia dan Indonesia yang mendapat jumlah tontonan besar di laman You Tube.

1. Raffa Affar, Tiara (Kris)

Nama bintang ini mula menjadi sebutan selepas lagu cover Raffa, Cinta Sampai Mati kerap digunakan sebagai muzik latar bagi video yang melibatkan kematian aktres jelita Thailand, Tangmo Nida.

Lagu tersebut dijadikan sebagai tajuk drama bersiri dalam talian Citra Wati di Indonesia yang dimuat naik pada 24 November 2011 sekaligus menjadi titik tolak kepada popularitinya dalam industri muzik Indonesia.

Raffa Affar juga sebelum ini pernah menyanyikan semula lagu Mencari Alasan yang dipopularkan oleh kumpulan Exists.

2. Amir Masdi, Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella)

Terbaharu, Amir Masdi turut muncul dengan menyanyikan semula lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian asal Ella.

Bekas juara Akademi Fantasia 2016 itu merakamkan semula lagu hits nyanian ratu rock negara, Ella dan menerima pujian ramai peminat di Malaysia mahupun di Indonesia.

Tanpa menukar rentak asal lagu tersebut, Amir berjaya membawa nafas baharu kepada lagu tersebut tanpa perlu mengubah lirik nyanyian asal.

3. Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Zack Haikal, Mengusung Rindu (SPIN)

Pernah dipopularkan oleh Allahyarham Achik dari kumpulan Spin, lagu Mengusung Rindu kini dinyanyikan semula oleh empat artis muda iaitu Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan dan Zack Zakwan.

Menariknya nyanyian itu dibawakan dalam konsep orkestra dengan gabungan empat vokal hebat daripada penyanyi tersebut.

Mula ditayangkan di YouTube pada 28 Julai, jumlah tontonan Mengusung Rindu telah mencecah lebih 3.4 juta kali tontonan di You Tube.

4. Afieq Shazwan. Layu di Hujung Mekar (RIO)

Lagu nyanyian asal artis kumpulan RIO, Layu di Hujung Mekar mendapat perhatian warganet apabila sering dimainkan di corong radio.

Lagu Layu Di Hujung Mekar versi Afieq dilancarkan di YouTube rasmi FMC MUSIC serta semua platform muzik pada 26 November tahun lalu.

5. Afieq Shazwan, Tajul, Resah Kerinduan (SPIN)

Pernah dinyanyikan kumpulan SPIN suatu ketika dahulu, lagu nyanyian mereka diberi nafas baharu oleh artis di bawah naungan FMC music iaitu Tajul dan Afieq Shazwan dengan susunan muzik oleh Lukhman S.

Meskipun kedua-duanya merupakan pendatang baharu dalam industri muzik tanah air, nyanyian mereka masih mampu mendatangkan impak yang besar kepada peminat muzik terdahulu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Artis BBNU, Lagu Hits, Muzik Malaysia