Sophia Zuhri cabar diri nyanyi lagu bahasa Melayu


  • Hiburan
  • Isnin, 29 Ogos 2022

Sophia mengakui menyanyi lagu berbahasa Melayu merupakan satu cabaran buatnya.

SUDAH terbiasa menggunakan bahasa Inggeris sebagai pertuturan harian, penyanyi, Sophia Zuhri mengakui agak sukar untuknya menyanyi dalam bahasa Melayu.

Namun, penyanyi yang berusia 18 tahun itu mencabar dirinya dengan mencipta dan menyanyikan lagi berbahasa Melayu.

Semua keyakinan itu kata Sophia, muncul selepas dia bertemu dengan komposer dan penyanyi, Ajai yang banyak membantu dirinya mengenai selok belok dalam dunia seni.

3.Four5773

Sophia mengakui Ajai banyak membimbingnya menjadi penyanyi yang baik.

"Pertemuan dengan Ajai banyak membantu saya untuk meletakkan tanda aras dalam diri sebagai seorang penyanyi.

"Sebagai contoh untuk mencabar diri saya menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu yang tidak pernah dibawakan sebelum ini.

"Asalnya, lagu berjudul Mimpi-mimpi Ini ditulis dalam bahasa Inggeris sebelum Ajai menggarap lirik bahasa Melayu untuk lagu itu.

"Bukan mudah bagi saya untuk mendendangkan lagu dalam bahasa Melayu. Satu pengalaman yang agak mencabar dan harap peminat dapat menyukai lagu tersebut," katanya kepada Majoriti.

3.Four1215

Album digital pertama Sophia mengandungi lagu-lagu yang diciptanya sendiri.

Dalam pada itu, Sophia yang bakal muncul dengan album digital pertamanya pada September depan mengakui amat berpuas hati dengan pencapaiannya kini.

Jelasnya, segala lagu yang ditulisnya dalam album sulungnya itu adalah berdasarkan kepada pemerhatiannya terhadap kehidupan sehariannya.

"Saya menggunakan lagu sebagai luahan terhadap pemerhatian saya dalam kehidupan.

"Malah, bukan sahaja kehidupan saya sendiri, tetapi pengalaman yang dikongsi rakan-rakan juga menjadi idea untuk menghasilkan sebuah lagu," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram