BERBAKI beberapa perlawanan bagi mengakhiri Liga Super musim ini, Negeri Sembilan FC (NSFC) dilihat antara pasukan bola sepak yang konsisten menunjukkan permainan baik.
Bagi pasukan yang melonjak naik ini, pasukan Hobin Jang Hobin sudah pasti ingin memberikan keputusan yang cemerlang dan berada di tangga ketiga teratas.
Meskipun begitu, kehilangan pemain pertahanan kiri, Khair Muhammad Jefri Jones sedikit sebanyak memberi impak terhadap kestabilan skuad, terutamanya di bahagian benteng pertahanan.
Kali terakhir pemain yang lebih mesra dengan panggilan Khair Jones dilihat turun padang pada perlawanan NSFC menentang pasukan Sri Pahang FC pada 25 Jun lalu.
Kehadiran Khair pada sesi latihan itu seakan memberi tonik pada skuad Rusa dalam mengakhiri baki-baki perlawanan. — Facebook/NSFC
Namun begitu, kelibat pemain berdarah kacukan New Zealand yang dilihat pada sesi latihan Jumaat lalu pastinya menggembirakan penyokong yang merindui aksi permainan pemain tersebut.
Pemain yang dibawa daripada Sarawak United FC (SUFC) itu merupakan satu figura yang dirindui penyokong NSFC apabila tidak tampil di bangku simpanan apatah lagi kesebelasan utama dalam tujuh perlawanan akhir.
Kehadiran Khair pada sesi latihan itu seakan-akan memberi tonik pada skuad Rusa dalam mengakhiri baki-baki perlawanan.
Rata-rata penyokong NSFC amat merindui pemain berketinggian 1.91 meter itu hingga kehadirannya menjalani latihan memberi kelegaan kepada penyokong
"Akhirnya turun training," kata Mamat Mj Lui.
Seorang lagi penyokong Fai Sal menyifatkan kehadiran pemain itu dapat memantapkan lagi permainan pasukan.
Bakal menentang skuad Ngap Syot pada September ini penyokong pastinya ingin melihat pemain berusia 32 tahun itu turun beraksi.
Malah, Khair turut mempunyai kelebihan menjaga benteng pertahanan yang mana dia mampu diturunkan sebagai pertahanan kanan dan tengah, memberikan fleksibiliti untuk skuad Jang dalam mengatur gerak langkah permainan serta dalam posisi bertahan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram