Alya Iman dah lali digelar 'gold digger'


  • Hiburan
  • Rabu, 29 Jun 2022

Alya Iman mengakui sudah tidak bercinta dengan duda anak dua.

NAMA Alya Iman mungkin tidak begitu dikenali dalam dunia lakonan tetapi kisah kontroversinya masih menjadi sebutan hingga kini.

Malah, anak kepada pelakon, Allahyarham Azmil Mustapha ini mengakui sehingga kini dirinya masih dikecam gara-gara kontroversinya dengan ahli perniagaan sehingga digelar perampas atau gold digger.

"Tidak dinafikan sehingga kini masih ada orang yang cakap buruk tentang diri saya, malah memberikan saya dengan pelbagai gelaran.

"Bagaimanapun, saya terima semua kecaman dengan hati terbuka. Biarlah apa orang nak cakap pasal saya, yang penting saya anggap semua yang terjadi itu ada hikmahnya," katanya gadis berusia 21 tahun ini kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2022-06-29 at 6.53.03 PM

Alya Iman enggan memikirkan soal percintaan selepas putus cinta dengan duda anak dua.

Dalam pada itu, Alya juga memaklumkan yang hubungan cintanya dengan duda anak dua, Ridhwan Rosli sudah pun berakhir.

Menurut Alya, bagaimanapun hubungannya dengan Ridhwan masih lagi kekal sebagai sahabat.

"Keputusan untuk berpisah sebenarnya dibuat pada bulan puasa yang lalu. Tetapi hubungan saya dan Ridhwan masih baik walaupun sudah tidak bercinta lagi," katanya.

Malahan Alya mengakui belum terfikir untuk kembali bercinta dan memilih untuk memberi fokus kepada karier seni dahulu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram